Sejak semalam tular video berkenaan dengan seorang lelaki yang menjual Durian pada harga RM500 sebiji. Lelaki yang dikenali dengan nama Wan Mahussin Wan Zain ini menjelaskan bahawa durian itu dijual dengan harga berkenaan kerana ia tidak jatuh di atas tanah.
Buah durian berkenaan itu jatuh menghempap atas cermin belakang kereta miliknya dan menyebabkan cermin kereta jenis Nissan Almera itu retak. Secara tidak langsung, ia menyebabkan kerugian yang besar buat Wan Mahussin.
Ekoran video berkenaan yang telah viral itu telah mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan. Beliau berminat untuk membeli durian berkenaan. Namun buah berkenaan sudah pun dimakan oleh Mahussin.
Dan apa yang lebih mengejutkan Mahussin lagi adalah YB Datuk Sri M. Saravanan meminta nombor akaun bank dan menawarkan untuk menampung kos kerosakkan keretanya. Tak siapa sangka kan, walaupun durian tersebut sudah dimakan oleh pemiliknya masih ada insan yang bermurah hati untuk membantu.
Berikutan video yang dimuat naik pada awalnya di group ‘Berkebun D Rumah’, pelbagai reaksi dan maklum balas daripada warganet. Ada yang mengusik dan ada juga yang mendoakan agar Mahussin menerima rezeki yang lebih baik.
Kredit : Fb Wan Mahussin Wan Zain