Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Eddlee Fried Chicken Fokus Kekal Enak & Murah, Antara Pilihan Ramai Jenama Tempatan

Eddlee Fried Chicken Fokus Kekal Enak & Murah, Antara Pilihan Ramai Jenama Tempatan

Kategori:
Eddlee Fried Chicken

Pengusaha ayam goreng tempatan popular dari Kelantan, Eddlee Fried Chicken terus fokus dalam mengekalkan rasa yang tersendiri selain harga murah.

Pemilik Eddlee Fried Chicken, Eddlee Ismail berkata, persaingan industri makanan itu bertambah dengan kemunculan banyak pengusaha ayam goreng yang baharu berikutan dengan boikot beberapa kedai ayam goreng.

Katanya, bagaimanapun, ayam Eddlee Fried Chicken kekal pada standard ‘harga pasar malam’ iaitu RM3.30 seketul sebelum cukai jualan dengan saiz ayam standard.

Bermula pada 1987 jual ayam goreng pasar malam, kini kekal jual dengan ‘harga pasar malam’ iaitu RM3.30 seketul

“Kami bermula pada 1987 dengan menjual ayam goreng di pasar-pasar malam.Eddlee Fried Chicken

“Sekarang sudah ada 14 cawangan restoran Eddlee Fried Chicken di Kota Bharu dan kawasan pinggir Bachok iaitu Bukit Marak serta Kedai Lalat manakala harga masih murah kerana kami mahu semua orang dapat makan ayam goreng,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan pembeli dari segenap lapisan dan tidak tertumpu pada sesuatu kelompok sahaja.

“Keuntungan tipis apabila jual murah dan pada masa sama kami tetap akan memikat pelanggan dengan rasa dan kualiti ayam goreng daripada Eddlee Fried Chicken.Eddlee Fried Chicken

Ingin pikat pelanggan dengan rasa & kualiti ayam berbaloi Eddlee Fried Chicken

“Kami amalkan perkhidmatan yang jujur kepada pelanggan walaupun perlu menampung cukai dan daripada situ, operasi kami dapat berkembang dengan baik hingga sekarang,” katanya.

Eddlee dalam masa sama mempelawa semua untuk cuba merasai keenakan produk ayam goreng keluaran Eddlee Fried Chicken.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: “Memang Unik!” – Peniaga Pakai Topeng Gogal Untuk Bakar Kuih, Caranya Tarik Tumpuan Ramai

tags: | |