Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Niat Nak Bagi Surprise Anniversary, Namun Ejaan Di Kek Yang Buatkan Suami Isteri Terkejut

Si Bunga by Si Bunga
November 10, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
Niat Nak Bagi Surprise Anniversary, Namun Ejaan Di Kek Yang Buatkan Suami Isteri Terkejut
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk menghargai pasangan, kita pastinya akan berikan sesuatu yang istimewa. Masyarakat kita juga sudah terbiasa dengan mengadakan detik kejutan yang boleh membahagiakan pasangan.

Namun, sebuah perkongsian di TikTok ini bukan saja buatkan pasangan ini terkejut, malah geli hati! Netizen pun nampaknya terhibur dengan insiden kelakar yang berlaku.

Anniversary Jadi Amtasary

Seperti yang dikongsikan oleh @ijjatulss, pada asalnya dia sudah memesan sepotong kek di sebuah restoran Arab.

Sempena sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinan bersama suaminya,  dia pun meminta untuk staf di restoran untuk menulis ucapan Happy Anniversary pada kek yang dipesan.

Sejurus saja kek itu sampai, kedua-dua suami dan isteri tak dapat menahan ketawa apabila mendapati kek yang dipesan sudah ditulis “Happy Amtasary Baby”.

@ijjatulss

Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary . Sampai nya lain😂😂😂 Amtasary pon boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to u😂kunafah iloveyou3000

♬ original sound – cintaHati❤ – cintaHati❤

BacaJuga

“Sedihnya, Aku Sampai Sekarang Macam Ni” – Suami Isteri Ini Buat Kira-Kira Nak Beli Ramen Samyang, Akhirnya Tak Jadi Beli

“Sedihnya, Aku Sampai Sekarang Macam Ni” – Suami Isteri Ini Buat Kira-Kira Nak Beli Ramen Samyang, Akhirnya Tak Jadi Beli

Mei 15, 2023
540
“Ramai Pula Bapak-Bapak Join” – Acara Baling Gula-Gula Kenduri Kahwin Untuk Kanak-Kanak Tapi Lain Pula Jadinya…

“Ramai Pula Bapak-Bapak Join” – Acara Baling Gula-Gula Kenduri Kahwin Untuk Kanak-Kanak Tapi Lain Pula Jadinya…

Mei 15, 2023
115

Tak hanya itu, pekerja restoran juga dengan yakinnya telah menyanyikan lagi Selamat Hari Jadi pada mereka berdua.

Mula-mula rasa nak marah, tapi tak jadi sebab lucu sangat katanya! Bak kata si pemuat naik video, dia dan suami terpaksa redha dengan kejadian ini.

Anniversary

Mungkin Tulisan Susah Nak Baca

Ada netizen yang menganggap insiden kelakar ni terjadi kerana staff restoran tersalah dengar permintaan pelanggan. Jelas si pemilik video, dia siap beritahu dan tulis di atas kertas.

Akibat perbezaan ejaan yang ketara, ramai juga netizen yang mengagak tulisan wanita ini mungkin sukar untuk difahami.

Si pemilik video juga sempat berseloroh sambil mengatakan  perkataan ‘Amtasary’ ini mungkin Bahasa Arab!

Anniversary

Nasib Baik Eja Baby Betul

Melihatkan tulisan yang salah di pinggan kek, netizen lega sekurang-kurangnya perkataan ‘baby’ yang ditulis adalah tepat. Bahaya juga kalau salah!

Anniversary

Anniversary

Restoran Arab Memang Camtu Kot

Meninjau ke ruangan komen, salah seorang netizen yang pernah ke restoran Arab sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Menurutnya, dia minta pekerja untuk tulis ‘Gonna Miss You Sis’, tapi lain pula yang ditulis. Yang lebih melucukan, pekerja siap buka lagu Hari Jadi masa nak hantar pencuci mulut yang dipesan. Sama macam suami isteri ini!

Anniversary

Walaupun kejutan tak berlaku seperti yang dirancang, namun kejadian melucukan sebegini pasti akan buatkan kita teringat sampai bila-bila.

Apa pengalaman paling kelakar yang anda pernah alami ketika menyambut hari istimewa dengan rakan atau keluarga?

Sumber : TikTok @ijjatulss

Download Nulled WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download huawei firmware
Tags: suami isteri
ShareTweetSend

Related Posts

Nasken Coffee
Berita

Kenali Nasken Coffee, Raja Kopi Viral Di Kelantan Yang Telah Miliki 25 Cawangan

Mei 28, 2023
711
Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur
Berita

Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur

Mei 28, 2023
28
Kieda menangis
Berita

Kieda Menangis Kesal Orang Ramai Hanya Mahu Beli Kieda Crepe, Makanan Vendor Ada Yang Tak Terjual Ketika Tour Shah Alam

Mei 28, 2023
257
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist