Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam. Ramai Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam. Ramai Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

Kategori:
tin

Penggunaan ikan sardin dalam bentuk tin sangat memudahkan ketika memasak. Terutamanya bila dah tiada idea untuk menyediakan menu apa untuk keluarga, mudah sahaja dengan menggunakan ikan sardin. Cuma tambah beberapa bahan sahaja dah lengkap.

Terdapat pelbagai pilihan ikan sardin dalam bentuk tin di pasaran. Namun, tak semua jenama mempunyai kualiti yang bagus. Dahulu, pernah viral beberapa jenama ikan sardin dan mackerel dalam tin yang mengandungi cacing. Jadi, seeloknya anda perlu berhati-hati ketika membeli.

Apa yang terjadi pada Ariana Rose betul-betul malang apabila ikan sardin dalam tin yang dibelinya mempunyai isi yang tidak menyerupai ikan sardin. Ingin tahu, dia terus bertanya pada warganet mengenai ikan misteri tersebut.

Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Pelik!

assalamualaikum,nak tanya dalam group ni ,tadi beli ikan sardin tapi isi dalam bukan ikan sardin,siapa tahu ikan apa ni

tin tin

Jelas, isi di dalam tin tersebut bukanlah ikan sardin yang biasa-biasa. Posting yang meraih sebanyak 3 ribu lebih komen itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet.

Warganet Yang Lain Juga Pernah Terkena!

Bila dilihat di ruangan komen posting tersebut, perkara ini bukan sahaja terjadi pada wanita tersebut, malah ada juga yang ‘terkena’.

tin

tin

tin

Elak Beli Jenama Dari Negara..

Rata-rata warganet juga tampil untuk menasihati wanita itu dan orang ramai untuk elakkan beli jenama dari negara China. Ini kerana masih ramai yang ragu-ragu dengan jenama dari negara tersebut. tin

Bila ingin membuat satu pembelian, jadi lah pengguna yang lebih bijak. Walaupun jenama tempatan sedikit mahal berbanding negara lain, ianya lagi elok dan tidak diragui. Kita juga dapat menyokong perusahaan tempatan.

Hati-hati bila membeli, periksa label dengan teliti dan buat pilihan yang betul.

Kredit: Ariana Rose via MATJHN

Baca Juga: Dekat Sirip Ikan Kerisi Ada ‘Saka Laut’, Wanita Ini Kongsi Petua Dan Tips Membuangnya Dengan Mudah!

tags: |