Setiap orang memiliki rezeki yang berbeza-beza. Ada yang terpaksa kerja keras siang malam untuk mendapatkan sesuap nasi, ada orang terpaksa bergadai nyawa barulah perut dapat diisi. Jalan cerita bagi setiap pencari rezeki di atas muka bumi ini masing-masing berbeza.
Ada yang teramat susah ada juga yang biasa sahaja. Bukan langsung tidak terasa susahnya namun sedikit sahaja dirasainya. Ada yang terpaksa duduk di bawah panas terik, ada yang duduk di dalam bangunan yang berhawa dingin.
Rezeki masing-masing dan jangan pernah cemburu dengan rezeki orang. Namun selagi mana kita boleh usaha, usahalah yang terbaik. Selagi mana boleh belajar, belajar lah tinggi-tinggi. Kalau mak minta sambung belajar, belajar lah.
Itulah antara nasihat yang sempat dikongsikan oleh Azrul Basherahil, tukang masak Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat. Katanya untuk menjadi tukang masak bukanlah sesuatu yang mudah. Jiwa kena kental.
Katanya, kalau yang mana rajin dan pandai bersekolah tak payahlah kerja tukang masak. Katanya penat, bahkan dia dari pagi sampai ke petang masih lagi memasak nasi. Makan pun belum, air pula hanya minum sedikit sedikit.
Seharian duduk pula dalam keadaan panas untuk memasak nasi bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula, dalam satu hari Azrul terpaksa memasak kira-kira 31 Kilogram nasi, hanya memasak seorang.
Jadi dia sempat menitipkan pesanan untuk orang ramai dan adik-adik di luar sana, katanya yang mana adik-adik malas pergi sekolah, pergi sekolah. Belajar pandai-pandai. Kalau mak minta sambung belajar, pergilah sambung. Penat katanya jadi tukang masak.
Menurutnya, jangan jadi macam dirinya. Hidupnya susah, sekolah pula tak habis jadi dia terpaksa lakukan semua ini untuk teruskan kehidupan. Katanya memang teruk, walaubagaimanapun dia tetap bersyukur kepada tuhan kerana telah melapangkan rezekinya.
https://www.tiktok.com/@azrulbasherahil/video/7116075702817983771?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@azrulbasherahil #fyp #biryaniindia #muslim #arabtiktok #arabtiktok ♬ bunyi asal – Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dan komen dari warga TikTok. Ada yang menulis belajar tinggi pun gaji RM2000 je sebulan, yang ini RM2000 sehari. Manakala ada juga warganet yang menyarankan abang ini untuk mencari pekerja atau pun pembantu.
Dalam masa yang sama, ramai juga yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh abang ini. F&B untuk jiwa yang kental sahaja. Malah ada juga berkongsi, dia pernah mengalaminya dan meminta agar bertabah jadi tukang masak. Kerja memasak ni memang penat katanya.
Jadi kalau korang nak jadi tukang masak fikirlah banyak kali. Kecuali memang korang nekad sangat dan memang minat korang ke arah itu. Semua kerja pun susah dan ada tekanannya tersendiri. Jadi semuanya terpulang kepada korang, macam mana nak laluinya.
Sumber: TikTok azrulbasherahil
Baca juga: “Selalu Bini Yang Beli..”, Pakcik Beli Ayam Letak Begitu Sahaja Dalam Troli Buat Warganet Risau