Kopi merupakan minuman berkafein yang mampu membuatkan badan kita terasa segar dan hilang rasa mengantuk. Kebiasaanya mereka yang workaholic ini pasti menjadikan kopi ini sebagai rutin mereka. Segelas sehari itu belum tentu cukup, malah ada yang minum 5-6 gelas sehari.
Bagi yang tidak mempunyai apa-apa masalah atau penyakit memang tidak mengapa tetapi jika anda merupakan individu yang kekurangan darah atau Anemia, elakkan meminum minuman berkafein seperti kopi. Kerana bahan polyphenols yang terdapat dalam kopi akan menganggu penyerapan zat besi sehingga 90%.
Individu yang mengalami Anemia atau kekurangan sel darah merah ini akan cepat letih, kelihatan pucat, pening kepala, lesu, jantung berdebar dan sesak nafas. Punca masalah Anemia adalah akibat kekurangan zat besi iaitu bahan utama untuk menghasilkan sel darah merah.
Antara golongan yang berisiko untuk menghidapi Anemia ini adalah wanita hamil, kanak-kanak, vegetarian dan individu yang mengalami masalah penghadaman kronik.
Jadi dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai risiko untuk menghidap Anemia ini jangan cuba minum minuman berkafein ini. Sekiranya teringin sangat nak minum, tunggu 1 jam selepas makan. Kemudian baru anda minum.
Sumber: Public Health Malaysia