Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Elok Lapar Terus Jadi Sakit Hati, Wanita Ini Memohon Pada Para Peniaga Untuk Lebih Ikhlas

Elok Lapar Terus Jadi Sakit Hati, Wanita Ini Memohon Pada Para Peniaga Untuk Lebih Ikhlas

Kategori:
LAPAR TERUS JADI SAKIT HATI 1

Memandangkan ramai yang sudah kembali sibuk, mesti sudah tiada masa untuk ke dapur dan memasak seperti dahulu. Jadi jalan mudah yang boleh diambil adalah dengan memesan makan secara diatas talian untuk dihantar di pejabat atau hadapan pintu rumah.

Perkara itu mudah dan menjimatkan masa, namun kadang-kadang boleh mengecewakan, terutamanya bila kita tidak pasti dengan kualiti makanan yang disediakan. Justeru, perkara itu sudah menjadi tanggungjawab peniaga untuk menyediakan makanan yang terbaik bagi menambat hati pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan mudah berasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Elok Lapar Terus Jadi Sakit Hati

Di laman Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kekecewaannya dengan sikap peniaga setelah memesan makanan dari kedai makan tersebut.

Elok lapar terus jadi sakit hati, wanita itu sudah teruja dengan hidangan yang dipesan iaitu sotong celup tepung (RM 10.20) dan nasi goreng kampung (RM8) dengan harga keseluruhannya RM 18.20. Namun, bila ingin menjamah, wanita itu berasa kecewa melihat apa yang dibeli kerana berasakan ianya amat tidak berbaloi.

Mempunyai kuantiti yang sedikit dengan harga yang mahal, dia juga memohon agar para peniaga meniaga dengan lebih ikhlas kerana perkara sebegini boleh menyakitkan hati pelanggan. Jangan mementingkan keuntungan semata-mata.

Apela perasaan korang dapat makanan camni, elok lapar jadi sakit hati. Ikhlas tak nak niaga ke nak main pondok2 je .Sotong celup tepung boleh kira berapa kerat RM 10.20. Sotong mahal sangat ke sampai macam ni die bagi. Nasi goreng kampung separuh je RM 8. Total Rm18.20

Sakit nye hati jangan la sampai camni kalau nak niaga pon.

LAPAR TERUS JADI SAKIT HATI 1LAPAR TERUS JADI SAKIT HATI 1 LAPAR TERUS JADI SAKIT HATI 1

Sotong Memang Mahal

Namun di ruangan komen, beberapa warganet tampil dan menjelaskan sisi peniaga yang ramai tidak sedar. Dengan harga sotong yang makin mahal sekarang ini, kuantiti yang digunakan sudah memadai. LAPAR TERUS JADI SAKIT HATI 1

Pasti ada sebabnya mengapa peniaga terpaksa menggunakan kuantiti yang sedikit itu. Namun, kekecewaan pelanggan tersebut boleh difahami juga. Walau apapun, peniaga perlu lah mencuba sedaya upaya dan menjaga kualiti makanan, manakala pelanggan cuba memahami sisi peniaga yang tidak dapat elak sesetengah perkara.

Kredit: Nur Aina Zain via Warga Kuantan OFFICIAL

Baca Juga: Pelanggan Merungut Harga Air Kopi Naik, Ini Pula Respon Peniaga Yang Buat Orang Lain Bersimpati

tags: