Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Jualan Cecah RM700 Sehari Dengan Hanya Jual Makanan Melalui Vending Machine, Ini Kisah Encik Hermi Penerima Vending Machine IPR

Jualan Cecah RM700 Sehari Dengan Hanya Jual Makanan Melalui Vending Machine, Ini Kisah Encik Hermi Penerima Vending Machine IPR

Kategori: ,
vending machine

Pemberian vending machine kepada golongan B40 adalah salah satu usaha kerajaan dari Kementerian Ekonomi dalam gerakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk membasmi miskin tegar dan menolong mereka yang layak melangsungkan hidup.

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

Inisiatif Kerajaan Untuk Membantu Golongan B40vending machine

Menurut perkongsian yang diceritakan oleh Najib Bakar melalui laman Twiternya, dia berkongsi kisah Encik Hermi, penerima vending machine pertama di Kolej Angsana, UiTM Puncak Alam.

Katanya, inisiatif ini membantu Encik Hermi mendapat pendapatan lebih untuk kelangsungan hidup demi menyara diri dan keluarga.

Melalui gerakan IPR ini, Encik Hermi berjaya memungut jualan makanan melalui vending machine sehingga RM600 – RM700 sehari.vending machine

“Masa bulan puasa pun dah cecah RM300 sehari. Pada bulan puasa tu weh. Kami fikir, tentunya pada bulan biasa jualan beliau lebih tinggi.

“Dan kami telah dapatkan pengesahan dari rakan pegawai di Kementerian Ekonomi. Nak tahu berapa jualan Encik Hermi sekarang? Jualan beliau mencecah RM600-700 sehari weh.

“Dah nampak kejayaan awal IPR ke atas golongan B40,” ceritanya di laman Twitter.

Untuk makluman, Najib Bakar juga berkongsi informasi untuk sesiapa yang ingin memohon untuk menyewa vanding machine bagi berniaga.

2 Tahun Pertama, Kos Akan Ditanggung Kerajaanvending machine

Katanya, individu B40 yang berjaya memohon sewa vending machine ini hanya perlu menanggung RM200 sebulan untuk sewa tapak di UiTM, RM500 sebulan untuk sewa vending machine dengan jumlah sekitar RM700 sebulan.

“Aku tanya pegawai terbabit, selepas 2 tahun ditanggung kerajaan, berapa jumlah sewa yang perlu dibayar oleh Encik Hermi. Jawabnya sekitar RM700 sebulan.

“Okay sangat-sangat dah tu dengan jualan yang beliau peroleh sekarang. Aku yakin Endik Hermi dah nampak jalan untuk tambah vending machine sendiri. Dapat 2-3 lokasi di UiTM Puncak Alam tu, masyuk weh!

“Itulah yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia sekarang. Alhamdulillah terbaik!”, kongsinya lagi.

Bagi sesiapa yang ingin memohon, boleh layari laman web Inisiatif Pendapatan Rakyat bagi mengetahui maklumat lanjut.

Sumber: Najib Bakar

Baca juga: “Ibu-Ibu Mengandung Beratur, Comel Je” – Kopi Nisang Dahulukan Para Ibu Mengandung Beli Kopi, Comel Pula Nampak Beratur Beramai-Ramai

tags: |