
Sebut sahaja Famous Amos, jenama itu pasti terkenal dengan produk biskut yang sedap dengan rasa rangup di seantero dunia.
Biskut yang berasal dari Amerika Syarikat itu diasaskan oleh Wallace Wally Amos Jr di sebuah bakeri di Sunset Boulevard, Hollywood pada tahun 1975.
Ia menjadi salah satu biskut kegemaran yang disukai ramai apabila banyak kedai biskut Famous Amos dibuka di pasar raya besar sekitar Malaysia.
Terbaharu, Famos Amos telah mengeluarkan edisi biskut yang sememangnya mencirikan rakyat Malaysia – Biskut Nasi Lemak Bungkus.
Sumber gambar: @allysadouble (Threads)
Edisi terhad itu telah mencampurkan rasa santan kelapa, aroma pandan dan sambal yang menyengat.
Sumber gambar: @allysadouble (Threads)
Selepas keluaran itu diketahui umum, ada netizen yang sudah mencubanya dan memberi pandangan kepada umum.
“Rasa pedas macam sambal nasi lemak dengan gabungan biskut coklat.”
Sumber gambar: @ayuaqilah.j (Threads)
“Dah cuba! Rasa pedas pada penghujung rasa. Agak serupa seperti rasa nasi lemak, ada rasa sambal.”
Tetapi tidak semua orang yakin. Ramai yang masih ragu-ragu, berkongsi komen seperti, “OMG, saya cuba sampelnya. Rasa pelik. Selepas gigitan pertama, baru ada rasa pedas. Saya rasa, itu biskut, tetapi pedas?” dan “Mungkin sebab rasa pedas, manis, dan lemak (berlemak) sekali gus, saya tak berani nak cuba, haha.”
Jika anda ingin tahu dan tertanya-tanya tentang rasanya, anda boleh pergi ke kedai Famous Amos terdekat dan dapatkan biskut “Nasi Lemak Bungkus” edisi terhad ini.
Sumber gambar: @ayuaqilah.j (Threads)
Sumber: Famous Amos / SAYS
Baca juga: Roti John Laris Dijual Di Bulan Ramadan, 500 Bungkus Habis Dalam Masa 3 Jam