Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Roti John Laris Dijual Di Bulan Ramadan, 500 Bungkus Habis Dalam Masa 3 Jam

Roti John Laris Dijual Di Bulan Ramadan, 500 Bungkus Habis Dalam Masa 3 Jam

Kategori: ,
Roti John

Hanya dalam tempoh tiga jam, jualan roti john yang diusahakan Mohd. Helmi Roslan, 33, di bazar Ramadan Metropark Sendayan di sini laris dan mendapat sambutan pada hari pertama jualan kelmarin.

Roti John Laris Dijual Di Bulan Ramadan, 500 Bungkus Habis Dalam Masa 3 Jam

Menurut laporan Utusan Malaysia, dia berkata, 500 bungkus roti john yang dijualnya habis dalam tempoh tiga jam yang disifatkannya sebagai luar biasa.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat mengga­lakkan dan orang ramai sanggup beratur panjang.

Dari 4 Petang Hingga 7 Malam

 

Roti John

“Sebanyak 500 bungkus roti john yang disediakan pada hari pertama laris terjual dalam tempoh tiga jam sahaja iaitu dari pukul 4 petang sehingga 7 petang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. 

Katanya, dia turut membuka gerai jualan yang sama di dua buah bazar Ramadan di Port Dickson.

“Secara keseluruhannya, jua­lan di ketiga-tiga bazar yang di­raih pada hari pertama Ramadan semalam adalah kira-kira RM10,000,” katanya lagi.

Roti John

Menurut Mohd. Hafizi,olahan ramuan istimewa yang digunakan menjadikan roti john yang dijualnya sering menjadi tum­puan ramai.

“Untuk penghasilan ramuan sahaja kami masak sehingga tiga ke empat jam,” katanya yang memberitahu menu yang selalu menjadi pilihan ramai adalah Roti John Ayam Crispy yang dijual pada harga RM12.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga: Roti John T20 RM70 Dijual Dalam Kotak Curi Perhatian, Menu Peniaga Ini Cetus Perdebatan Ramai

tags: | |