Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Farm Fresh Choco Malt” – Farm Fresh Keluarkan Minuman Coklat Baru Untuk Rakyat Malaysia, Ramai Teruja Support Minuman Lokal Ini

“Farm Fresh Choco Malt” – Farm Fresh Keluarkan Minuman Coklat Baru Untuk Rakyat Malaysia, Ramai Teruja Support Minuman Lokal Ini

Kategori: ,
Farm Fresh Choco Malt

Jenama Farm Fresh merupakan jenama Malaysia yang terkenal dengan sumber pembekal susu segar di sini.

Farm Fresh sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna rakyat Malaysia kerana kesedapan dan kualiti yang diberikan adalah bermutu tinggi.

“Farm Fresh Choco Malt” – Farm Fresh Keluarkan Minuman Coklat Baru Untuk Rakyat Malaysia, Ramai Teruja Support Minuman Lokal Ini

Terbaharu, jenama Farm Fresh menerima sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia apabila mereka ingin mengeluarkan minuman coklat (Farm Fresh Choco Malt) yang sihat pada Jumaat ini (19 Julai 2024). Farm Fresh Choco Malt

Ini kerana pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga sedang mencari pilihan alternatif untuk membeli minuman coklat pada masa ini

Selain itu, rakyat Malaysia juga secara tidak langsung berbangga dengan jenama lokal tersebut kerana mengeluarkan produk yang sedap serta menghidangkan produk yang bagus kepada pengguna.

Menurut salah seorang rakan kongsi Farm Fresh yang dikenali dengan Bos Susu atau nama sebenarnya Azmi Zainal, produk baharu mereka yang diberi nama Farm Fresh Choco Malt itu mengandungi bahan yang sihat dengan rasa yang lebih sedap.

“Masa nak beri nama baru aku ni aku ada la cadangan dekat team aku. Namanya MI-LOI, kombinasi nama aku dengan apek Loi, staff aku advice jangan sebab nanti kena saman,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia juga menceritakan tentang kebaikan minuman Farm Fresh yang terbaharu itu.

Kaya Dengan Malt Fibre, Kurang Gula & Lebih Sihat – Farm Fresh Choco Malt

“Minuman malt ini aku perkayakan dengan malt dan fibre. Kurang gula dan korang boleh nikmati raasa choco malt yang lebih sihat dan bertenaga,” terangnya dalam hantaran sama.

Katanya lagi, pelancaran Farm Fresh Choco Malt itu akan dijual pada 19 Julai 2024 hari Jumaat jam 12 oleh Azmi dan Loi di platform TikTok.

“First batch aku buat tak banyak, siapa cepat dia dapat,” jelasnya. Farm Fresh Choco Malt

Melihat kepada maklum balas netizen, ramai yang ingin membeli minuman coklat itu kerana tidak sabar untuk menikmati sendiri rasa minuman coklat lokal berkenaan.

“Tak sabar nak rasa. Nak buat puding senang lepas ni. Harap-harap serasi la,” komen salah seorang netizen.

Sumber: Azmi Zainal /Farm Fresh 

Baca juga: Lelaki Ini Ajak Orang Ramai Bantu Makcik Jual Karipap, Ramai Yang Nak Beli Sebab Nampak Sedap

tags: | |