Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Teruja Farm Fresh Kini Jual Mentega, Jadikan Buatan Malaysia Sebagai Pilihan Ramai

Ramai Teruja Farm Fresh Kini Jual Mentega, Jadikan Buatan Malaysia Sebagai Pilihan Ramai

Kategori: ,
mentega Farm Fresh

Jenama Farm Fresh merupakan jenama Malaysia yang terkenal dengan sumber pembekal susu segar di sini.

Farm Fresh sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna rakyat Malaysia kerana kesedapan dan kualiti yang diberikan adalah bermutu tinggi.

Terbaharu, Farm Fresh mengeluarkan keluaran terbaru produk mentega yang menarik perhatian ramai.

Ramai Teruja Farm Fresh Kini Jual Mentega, Jadikan Buatan Malaysia Sebagai Pilihan Ramai

Menerusi hantaran Instagram @bahan.mbythemks, produk mentega itu hadir dengan dua pilihan standard iaitu bergaram (Salted) dan tanpa garam (Unsalted).

mentega Farm Fresh

Difahamkan mentega Farm Fresh itu mengandungi 80% lemak susu.

Setiap satu buku mentega Farm Fresh mempunyai berat 200 gram dan sudah mempunyai Halal Jakim.

Menurut Instagram @bahan.mbythemks, sebuku mentega itu dijual pada harga RM10.90.

Netizen gembira & mahu support Farm Fresh

mentega Farm Fresh

Netizen yang terdiri daripada peminat syarikat tenusu tempatan tersebut, pembuat biskut & pastri teruja mahu mencuba produk terbaharu itu.

Daripada beberapa maklum balas individu-individu yang sudah mencuba mentega Farm Fresh, ramai menyatakan rasanya setanding dengan mentega terkemuka yang sudah ada lama di pasaran.

Pada masa sama ramai memuji syarikat tenusu tempatan itu menjual mentega pada harga yang berpatutan.

Terdahulu, Farm Fresh Berhad dilaporkan sekali lagi dinobatkan sebagai jenama tenusu nombor satu di Malaysia. Syarikat itu memenangi Anugerah Platinum tahun keempat berturut-turut dalam kategori Minuman-Tenusu di Malam Gala Putra Brand Awards 2024 yang berprestij sejak kemenangan pertama mereka pada tahun 2021.

Dengan penjualan mentega Farm Fresh ini, ramai netizen menjangkakan Farm Fresh akan melengkapkan ekosistem produk-produk tenusu mereka.

Baru hari itu perasaan yang Farm Fresh sedang buat perubahan besar. Beli Inside Scoop, kemudiakan keluarkan ais krim sendiri.

“Masa makan ais krim itu pikir, ini tak lengkap lagi ekosistem ni. Langkah selepas ini mesti beli syarikat keju. Tapi mentega mereka keluarkan dulu,” kata X.com iqmal_ogy.

Sumber: Farm Fresh / Vocket

Baca juga: Perlis Teroka Potensi Tanaman Vanila, Buka Banyak Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Tersebut

tags: |