Setiap kejayaan pasti permulaanya adalah kesusahan. Begitulah juga kisah lelaki ini sewaku mula berjinak dengan dunia keusahawanan 10 tahun dahulu. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh oleh pengasas produk jenama Farm Fresh ini sehingga akhirnya berjaya dan minuman produk beliau digemari hampir keseluruhan rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal ada berkongsi kisah perjalanan beliau sebagai seorang usahawan yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga peringkat antarabangsa.
Menurut beliau, pada mulanya beliau hanya gunakan 60 ekor lembu dengan membeli susu dari penternak dan menghantar stok ke seluruh negara hanya dengan menggunakan bas ekspress sahaja.
Sambungnya lagi, beliau turut melakukan jualan ke kedai-kedai runcit ketika berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Malah di sebelah petang, beliau akan menjual susunya itu di tapak pasar malam dan pasar tani.
Kesusahan yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha walaupun sering ditertawa dan diperlekehkan oleh orang sekeliling.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat orang ramai untuk terus mengejar impian masing-masing.
https://www.facebook.com/NuClenz/posts/2603802099655734?__cft__[0]=AZWUcURLWtAeaC4PSVU6sYZmr3ceoeFKpUEAFhJ8E0hQ5gJlA3WUpVMplll6o_QXMU0lJAy6CQhLTdcE-XV1ZINuh-dC2Ml-uxldFM2t_4QQAuwtH_Conz_L59G4yYpMDqEbYILTjf8SSeNB4yqelMLQ&__tn__=%2CO%2CP-R
Sumber: Azmi Zainal