Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular & Hangat » Pelakon Faye Kusairi Tolak Dakwaan Tiada Standard Jual Nasi Ayam Tepi Jalan

Pelakon Faye Kusairi Tolak Dakwaan Tiada Standard Jual Nasi Ayam Tepi Jalan

Kategori:
pelakon jual nasi ayam

Seorang artis dan pelakon Malaysia, baru-baru ini menjadi tajuk perbincangan apabila dia mula menjual nasi ayam di tepi jalan dan ia menarik minat ramai.

Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi atau lebih dikenali sebagai Faye Kusairi sudah 6 bulan berniaga nasi ayam di pinggir jalan Bukit Antarabangsa, Selangor.

Namun, keputusan Faye ini menerima reaksi bercampur daripada masyarakat.

Ada yang memuji kegigihan dan kesungguhannya, namun tidak kurang juga yang mengkritik.

Pelakon Jual Nasi Ayam Tepi Jalan Dapat Banyak Pengalaman Yang Memanusiakan

Faye Kusairi dengan tegas menolak dakwaan bahawa menjual nasi ayam di tepi jalan adalah sesuatu yang tidak ‘standard’ sebagai seorang artis.

pelakon jual nasi ayam

Menerusi hantaran yang dimuat naik Faye di platform Instagram miliknya, pelakon tersebut berkata dia tidak malu berniaga di tepi jalan.

Malah, dia dapat mengenali masyarakat dengan lebih baik.

Faye menyatakan bahawa banyak perkara yang dipelajari, kenali dan alamai malahan semua perkara tersebut mendorongnya ke arah yang lebih positif.

Keputusan ini juga mencerminkan keberanian dan ketekunan Faye dalam menghadapi cabaran hidup.

Dalam masa yang sama, ia merupakan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Di sebalik kritikan yang diterima, terdapat ramai yang menyokong tindakan Faye dan melihatnya sebagai satu contoh inspirasi.

Orang ramai  memuji Faye kerana tidak segan untuk bekerja keras dan menunjukkan bahawa tidak ada pekerjaan yang hina selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan cara yang halal. pelakon jual nasi ayam

@sinarplus

”Berniaga satu tarbiah”. Walaupun berstatus selebriti, Faye Kusairi tidak malu buka bisnes nasi ayam tepi jalan #fayekusairi #nasiayam #bukitantarabangsa #wawancaraeksklusif #sinarplus #lifestylesinarharian

♬ original sound – SinarPlus – SinarPlus

@sinarplus ”Berniaga satu tarbiah”. Walaupun berstatus selebriti, Faye Kusairi tidak malu buka bisnes nasi ayam tepi jalan #fayekusairi #nasiayam #bukitantarabangsa #wawancaraeksklusif #sinarplus #lifestylesinarharian ♬ original sound – SinarPlus

Fenomena selebriti yang menceburi bidang perniagaan makanan bukanlah sesuatu yang baru. Ramai selebriti di seluruh dunia yang beralih ke perniagaan makanan atau perniagaan kecil-kecilan sebagai langkah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

Dalam menghadapi cabaran hidup, adalah penting untuk kita sentiasa berusaha serta tidak menghiraukan pandangan negatif yang tidak membina.

Tindakan Faye ini mengingatkan kita bahawa sesuatu perkara tidak diukur dengan jenis pekerjaan, tetapi dengan kejujuran dalam setiap usaha yang dilakukan.

Sumber: Faye Kusairi / Sinar Harian

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Scoth Egg, Makanan Breakfast Restoran High Class. Korang Mesti Cuba!

tags: | |