Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terima Kasih..” Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik. 

“Terima Kasih..” Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik. 

Kategori:

Siapa lagi yang tidak mengenali chef selebriti terkenal tanah air iaitu Dato’ Fazley Yaakob. Terbaharu, beliau ada memberikan respon mengenai kritikan yang diterima olehnya dari seorang individu yang merasai kek yang dijual olehnya.

Paling tak sedap aku pernah rasa

Individu atau juga dikenali sebagai ‘influencer’, mendakwa kek yang dijual oleh Dato Fazley Yaakob adalah kek batik yang paling tidak sedap yang pernah dirasai olehnya. Walaubagaimanpun Fazley menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan turut berterima kasih kepada individu berkenaan kerana sudi memberikan maklum balas.

Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti @****** berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.

Malah pada masa yang sama, ramai warganet beranggapan tindakan individu berkenaan adalah tidak sopan dan boleh menjatuhkan perniagaannya itu.

Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian (berkongsi paparan chat, walaupun mungkin bukan dia yang menulis) Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih.

Saya lebih gemar bersangka baik

Tambah Fazley lagi, beliau beranggapan influencer berkenaan mempunyai niat yang baik. Beliau menerima teguran berkenaan bagi memperbaiki lagi kek yang dijualnya.

Dia juga menjelaskan dia berasa segan untuk memberi kritikan kepada masakan orang lain kerana masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.

Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama.

Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.

Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker

 

View this post on Instagram

Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob

tags: |