Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Food Reviewer Indonesia Ini Berpendat Nasi Kandar Malaysia Rasa Lazat, Tidak Rasa Berpasir

Food Reviewer Indonesia Ini Berpendat Nasi Kandar Malaysia Rasa Lazat, Tidak Rasa Berpasir

Kategori: ,
Nasi Kandar Malaysia

Pada bulan lalu, kecoh di media sosial berkenaan dengan isu seorang juara MasterChef Indonesia Musim Ke-5 yang mendakwa nasi kandar Malaysia rasa pasir.

Oleh hal demikian, dia mencipta resipi baharu berkenaan Nasi Kandar yang dikatakan jauh lebih baik daripada yang ditawarkan di sini.

Susulan itu, ramai tertanya-tanya bagaimana pula wujud rasanya berpasir dalam nasi kandar yang selama dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Food Reviewer Indonesia Ini Berpendat Nasi Kandar Malaysia Rasa Lazat, Tidak Rasa Berpasir

Seorang food influnecer dari Indonesia yang dikenali sebagai Mas Rio  ingin mencari kebenaran dakwaan ada wujudnya rasa ‘berpasir’ di dalam nasi kandar.

Nasi Kandar Malaysia

Dia langsung pergi kedai nasi kandar tertua di Malaysia untuk merasai juadah nasi kandar sebenarnya yang mempunyai resepi sejak turun-temurun.

Di dalam video itu, dia sempat menyoalkan perkara itu kepada salah seorang pengendali kedai nasi kandar Hameediyah.

Wanita itu hanya berseloroh menidakkan dakwaan itu dan meraikan kehadiran Mas Rio dengan memberi gabungan lauk pauk lalu disulam dengan pelbagai kuah untuk menikmati nasi kandar yang sebenar.

Makan Nasi Kandar Tertua Di Malaysia – Nasi Kandar Hameediyah

Nasi Kandar Malaysia

Mas Rio mula dengan mencuba sotong viral yang diberikan dan ternyata memang sedap dan lembut. Sebaik melihat rupa kuah yang memenuhi nasi itu, dia langsung menegaskan inilah kuah sebenar dan bukanlah cair seperti yang ditawarkan oleh Masterchef Indonesia di restoran baharunya.

Malah, dia mempersoalkan di manakah rasa berpasir yang didakwa oleh chef terkenal berkenaan kerana tiada rasa sebegitu sepanjang menikmati nasi kandar tersebut.

Dia juga menambah nasi kandar sebenar perlu menggunakan telur rebus dan bukannya telur mata. Katanya lagi, nasi kandar ini makanan tradisional Malaysia dan nasi kandar Hameediyah pula nasi kandar tertua di sini sekaligus membuktikan tiada rasa berpasir seperti yang didakwa sebelum ini.

Kesimpulannya, Mas Rio berpendapat nasi kandar Malaysia bukan sahaja lazat dinikmati malahan tidak wujud rasa berpasir.

Nasi Kandar Malaysia

Di dalam kapsyen, Mas Rio turut menyatakan yang dia sangat mahir dalam memakan nasi kandar dan tidak merasai apa yang didakwa oleh Masterchef Indonesia itu.

Menjengah ke ruangan komentar, netizen tempatan langsung meminta Mas Rio untuk merasai nasi kandar ciptaan Indonesia dalam menentukan nasi kandar siapakah yang paling sedap.

Mari kita lihat sama ada Mas Rio sedia membuat review jujur terhadap hidangan nasi kandar ciptaan Masterchef Indonesia berkenaan.

Sumber: Vocket / riomakan

Baca juga: PMX Umum Peruntukan RM5.5 Juta Baik Pulih Pasar Besar Siti Khadijah Di Kelantan

tags: |