Di saat negara dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, masih terdapat syarikat yang terpaksa bekerja keras bagi memastikan kehendak orang ramai dipenuhi.

Salah satu syarikat yang terlibat sudah pastinya syarikat foodpanda yang menjalankan servis penghantaran makanan. Melalui laporan terbaru yang dikongsikan, dilaporkan terdapat seorang staf pekerja foodpanda yang bekerja di pejabat korporat disahkan positif wabak coronavirus.

Sumber: vulcan post

Pengarah urusan foodpanda, Sayantan Das turut menggesa para pekerja untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Sehubungan dengan isu yang melibatkan pekerja bidang korporat foodpanda, syarikat ini telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan serta-merta.

foodpanda turut memilih untuk mewajibkan kesemua pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan lanjut dimana kos perubatan ditanggung oleh syarikat ini.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang kes COVID-19 melibatkan pihak penghantar makanan foodpanda manakala operasi penghantaran makanan masih diteruskan seperti biasa.

Sumber rujukan : thevocket

(This post has been visited 16,771 times!)