Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gadis 22 Tahun Jadi ‘Foodpanda Walker’, Tak Sangka Ini Tindakan Rider & Orang Ramai Terhadapnya..

Gadis 22 Tahun Jadi ‘Foodpanda Walker’, Tak Sangka Ini Tindakan Rider & Orang Ramai Terhadapnya..

Kategori:
Foodpanda Walker

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 tidak dinafikan telah memberikan tamparan yang hebat kepada banyak pihak terutama sekali terhadap mereka yang kurang berkemampuan.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang gadis yang dikenali sebagai Lin, merupakan penghantar makanan Foodpanda berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk mengambil serta menghantar pesanan kepada pelanggannya.

Difahamkan, gadis berusia 22 tahun itu tidak mempunyai apa-apa jenis kenderaan, namun hal itu tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang penghantar makanan walaupun dengan hanya berjalan kaki.

“Ditemui dalam keadaan basah kuyup..”

“Tak sangka Allah temukan kami, dalam keadaan hujan solihah nampak dia berjalan kaki sambil galas beg food panda. Ya Allah sedih sgt2. Terus mintak husband uturn parking terus dekat dgn adik Lin.

Solihah jumpa dia dalam keadaan baju dia basah kuyup, nampak air mata dia macam menangis. Dalam keadaan macam tue tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang2. Perempuan pulak tue dengan hujan. So, kami tumpangkan adik Lin naik sekali walau pada mulanya dia agak segan, then terus bawak dia ke rumah customer.

Berkali-kali adik Lin mintak maaf takut menyusahkan kami. Takut basahkan kusyen kereta sebab baju dia basah. Ya Allah dik sesungguhnya malam ni Allah memang nak takdirkan kami bertemu adik Lin sebagai pengajaran utk kami. Biar lah kusyen kereta tue basah nanti kering lah sendiri,” kongsi Solihah menerusi laman Facebook.

https://www.facebook.com/solihah.mdradzi/posts/3685568638147428?__cft__[0]=AZXsmNw1WpMjWYeO8-A3pX1BKjyxGzNVPUrtiKfSH1R4GC0xDNZPya6zToVbYCsqnV6y0VsoBY5goAAR45Dcpcexf9-gXZs-EVc26J_5YpKPVe1O9VV5nHErHUdWqvJmb5A&__tn__=%2CO%2CP-R

Lebih menyebakkan apabila gadis tersebut bekongsikan aktiviti hariannya di mana bemula jam 11 pagi dia akan mula berjalan kaki dari Taman Seluang hingga ke pasaraya Giant. Selepas itu akan pergi ke rumah pelanggan untuk menghantar pesanan  sehingga 8 malam.

Orang Ramai Hadiahkan Basikal

Perkongsian itu telah mendapat perhatian banyak pihak, rata-rata daripada mereka turut membantu memberi sumbang untuk membantu gadis tersebut.

https://www.facebook.com/solihah.mdradzi/posts/3688127231224902?__cft__[0]=AZUQnwEZ-6-Yb38kZonkJWJuk9YSjDri5_VAI6pfQMaLTvIy-KLOfOt31nIjPewgMR_TISgTbqX0qkxrQaUr5k2w66vUikY5Qzyrro0qu9mIn-3q–7RVCOkSD1PS7TMfts&__tn__=%2CO%2CP-R

Menerusi perkongsian di atas, sepasang suami isteri yang mewakili tim Foodpanda dan sumbangan orang ramai telah memberikan sumbangan basikal kepada adik Lin. Dengan adanya basikal ini, adik Lin tidak perlu lagi berjalan kaki untuk mengantar pesanan kepada pelanggan.

Sumber: Solihah Md Radzi

 

tags: