Pastinya ramai dalam kalangan adik beradik kita yang mengalami alahan. Lebih-lebih lagi alahan terhadap makanan. Ada yang tidak boleh makan sayur, tidak boleh makan makanan laut, kekacang dan juga lain-lain makanan. Malah ada juga yang alahan terhadap ubat-ubatan.
Bukan sahaja orang yang mengalami alahan ini akan berasa gatal-gatal namun kemungkinan besar, mereka ini juga boleh pitam, sesak nafas dan lain-lain. Bahaya ke jika mengalami alahan atau allergic ini? Ya, bagi segelintir orang ianya sangat berbahaya kerana boleh membawa maut.
Seperti mana yang dikongsikan oleh heyyynin menerusi aplikasi TikTok berkenaan dirinya yang mengalami alergik yang agak teruk. Gadis yang dikenali sebagai Hanin ini dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sesak nafas serta pitam sebanyak 3 kali.
Bukan itu sahaja, kedua-dua belah mata serta mulutnya juga turut bengkak. Alahan tersebut terjadi gara-gara dia menelan atau makan painkiller Nurofen Express.
@telorgoweng hidop lagi ni.
@heyyyninhidop lagi ni.♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Melihat apa yang dialami oleh Hanin ini, rata-rata warga TikTok berasa kasihan dan mendoakan gadis ini agar baik-baik sahaja. Malah ada juga yang menasihati agar gadis ini sentiasa berhati-hati dan membawa kad alergik selepas ini.
Tidak kurang juga ada yang sempat meninggalkan komen mengatakan jangan main-main kerana ramai yang alergik dengan ibuprofen ini. Ubat demam kanak-kanak pun turut ada ibuprofen ini.
Namun apa yang dikongsikan oleh salah seorang warga TikTok, aisyah_00 sempat berkongsi mengenai adiknya yang hanya boleh makan ibuprofen sahaja. Kalau makan selain dari ibuprofen, apabila bangun tidur mata membengkak.
Mungkin korang yang juga turut mengalami alahan terhadap sebarang paractemol dan painkiller di luar sana, berhati-hati dalam setiap pemakanan atau ubatan yang anda ambil. Lebih-lebih lagi kalau membeli ubatan dari farmasi, seeloknya dapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu.
Kredit: TikTok heyyynin
Baca juga: Terpengaruh Dengan Media Sosial, Betty Rahmad Insaf. Tak Mahu Minum Dalgona Coffee Lagi Sebab….