Makanan Malaysia makin mendapat ‘nama’ di luar negara dan sebagai rakyat Malaysia, perkara itu sangat membanggakan. Malah, ramai warga asing yang sanggup ke negara ini semata-mata untuk mencuba masakan Malaysia.
Ada yang jatuh cinta dan memuji masakan negara kita setelah dicuba, tapi ada juga yang mempunyai pendapat yang berlainan. Semuanya atas citarasa masing-masing. Di sini, seorang gadis Amerika berkongsi pendapatnya setelah mencuba hidangan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api.
Asal dari negara Amerika Syarikat, lilithinkkl merupakan seorang gadis mat salleh yang terkenal di laman TikTok dengan memberi review jujur mengenai restoran dan makanan di Malaysia setelah dicuba.
Kali ini, gadis itu bersiap sedia untuk mencuba hidangan yang belum pernah dicuba iaitu Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, salah satu hidangan yang terkenal di negara ini.
Memesannya dari sebuah restoran, ini pendapatnya, “Tak banyak isi pada siput itu dan ia agak sukar untuk didapatkan. Rasa pun tak begitu istimewa. Terlalu leceh untuk dimakan, rasanya takkan cuba lagi.”.
Walaupun hidangan ini menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia tapi bagi gadis Amerika itu, ia tidak begitu istimewa malah terlalu sukar untuk dimakan jadi baginya ia tak berbaloi dan mengecewakan.
@lilithonplanetearth Trying siput sedut as an American #siputsedut #snail #malaysia #kl #kualalumpur #restaurantreview #klreview #malaysiareview #foodreviewmalaysia #foodreviewkl #klfoodie #klfoodreview #malaysianfood #kualalumpurfood #foodhunting #foodtiktok #foodieskualalumpur #malaysianfoodblogger
@lilithinkl Trying siput sedut as an American #siputsedut #snail #malaysia #kl #kualalumpur #restaurantreview #klreview #malaysiareview #foodreviewmalaysia #foodreviewkl #klfoodie #klfoodreview #malaysianfood #kualalumpurfood #foodhunting #foodtiktok #foodieskualalumpur #malaysianfoodblogger ♬ Gemuruh – Nayli Azmi & Ash Fasryll & Saiful Anwar
Menjengah di ruangan komen, pasti ramai yang menyangka bahawa ramai rakyat Malaysia yang akan terguris dengan pendapat wanita itu tapi ada juga yang sependapat dan bersetuju dengannya.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang tampil menjelaskan bahawa cara dia memakan siput itu salah.
Mungkin kita akan kecewa apabila warga asing tidak menyukai hidangan kita tapi janganlah kita mengecam mereka gara-gara mempunyai pendapat mereka. Lain orang lain citarasa, jadi walaupun dia mungkin tidak suka pada hidangan itu, masih banyak hidangan Malaysia untuk dicubanya. Tentu ada yang dia suka! Jadi penting untuk kita hormati pendapat orang lain.
Kredit: lilithinkkl
Baca Juga: Lori Tepung Segera Kemalangan, Orang Ramai Sanggup Berhenti Untuk Ambil Sisa Barangan