Kebolehan dalam bertukang adalah satu kemahiran yang bukan ada pada semua orang. Bakat dalam bertukang ini merupakan satu kebolehan yang cukup berharga kerana boleh membuat apa sahaja, malah boleh menjana mendapat melaluinya.
Seperti kisah seorang gadis bernama Wani Fauzin yang mempunyai bakat bertukang sehingga mampu menghasilkan dapur yang cantik buat ibu tersayang dan hasilnya sangat mengagumkan.
Hasil renovasinya menjadi tular di sosial media selepas pemilik akaun Twitter, Auni Fauzan yang juga merupakan adik kepada Wani berkongsikan gambar sebelum dan selepas hasil ubah suai dapur tersebut.
Berikut adalah perkongsian mengenasil hasil yang mengagumkan oleh gadis tersebut:
https://twitter.com/AuniFaizun_/status/1365500134574813184
Difahamkan, ubah suai itu turut dibantu oleh bapanya yang mengambil masa selama 2 bulan dan kos sebanyak RM1500. Memang jimat habis, kalau tempah rasanya boleh cecah ribuan ringgit.
Lihat lagi perkongsian foto dari akaun Twitter tersebut:
Kakak kepada pemilik akaun tersebut turut berkongsinan proses menghasilkan dapur ini di saluran Youtube miliknya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat perhatian para netizen yang cukup kagum dengan keboleh bertukang gadis ini.
Kredit: @AuniFaizun_