Mengalami alahan atau mabuk sudah menjadi kebiasaan buat kebanyakan wanita yang mengandung. Perkara ini adalah normal dan bukan sesuatu yang membimbangkan.
Namun, jika wanita hamil mengidam makanan yang pelik itu tidak dianggap sesuatu yang normal kerana selalunya mereka mengidam makanan yang tidak pernah dibuat orang seperti teringin nak makan sabun!
Di TikTok, seorang wanita mencuba makanan yang diidamkan oleh wanita yang hamil. Salah satunya adalah gabungan telur rebus dan nutella. Nak tahu sedap ke tak? Lihat video penuh di link ini.
Menerusi video tersebut, gadis tersebut telah mencuba beberapa gabungan makanan yang pelik tak pernah dibuat orang kecuali mereka yang hamil kerana mengidam.
Ada juga netizen yang berkongsikan makanan yang diidamkan sewaktu hamil. Menurut mereka, makanan tersebut ternyata sedap walaupun kombinasi yang pelik!
Kredit: TikTok deena