Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Lama Sangat Aku Tunggu..”, Gaduh Dengan Kawan Baik, Gadis Ini Cuba Pujuk Dengan Belanja KFC. Tapi Ini Pula Yang Berlaku..

“Lama Sangat Aku Tunggu..”, Gaduh Dengan Kawan Baik, Gadis Ini Cuba Pujuk Dengan Belanja KFC. Tapi Ini Pula Yang Berlaku..

Kategori:
BELANJA KFC

Pergaduhan itu sesuatu yang biasa dalam apa jua jenis perhubungan. Bukan sahaja dengan pasangan, malah sekali-sekala kita tentu juga akan berselisihan faham dengan kawan baik sendiri.

Walaupun hal itu perkara yang biasa berlaku, seeloknya situasi tegang tidak perlu dibiarkan. Jika kita menghargai seseorang kawan itu, rendahkan ego dan cuba sebaik mungkin untuk memulihkan keadaan. Cara untuk memujuk kawan ini mudah sahaja, kalau kita belanja makanan kesukaan mereka, sudah tentu mereka akan suka.

Cuba Pujuk Dengan Belanja KFC..

Bergaduh dengan kawan baik pada hari jadinya, seorang gadis berasa bersalah. Meskipun situasi agak tegang diantara mereka, gadis tersebut nekad untuk belanja KFC untuk kawan baiknya. BELANJA KFC

Memesan beberapa hidangan KFC, gadis itu mengajak kawannya untuk makan bersama di restoran itu. Namun begitu, dia berasa risau apabila kelibat kawannya tidak kelihatan. Pada mulanya dia menyangka bahawa kawannya tidak akan datang tapi setelah beberapa minit, kawan baiknya tiba. BELANJA KFC

Walaupun bergaduh sebelum ini, kawannya kelihatan gembira apabila dibelanja tapi apabila mereka baru sahaja ingin menjamu selera sambil berbaik, malangnya restoran itu mula menutup pintu masuk oleh kerana sudah lewat malam dan pekerja di sana sedang bersiap sedia untuk menutup restoran. BELANJA KFC

Mungkin tidak ingin menyusahkan pekerja, mereka terpaksa membungkus makanan untuk dimakan di rumah. Walaupun begitu, gadis itu berkongsi bahawa hubungannya dengan kawan baiknya kembali baik dan dia sangat gembira kerana telah dibelanja KFC.

https://www.tiktok.com/@hsrshdd/video/7071640758490500378?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@hsrshddnasib takde perdebatan pasal kfc harini 🌚😂♬ suara asli – justme

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berasakan gadis itu merupakan seorang kawan yang sangat baik. Walaupun bergaduh, dia tetap cuba menggembirakan kawan baiknya.

Untung Ada Kawan Seperti Awak BELANJA KFC

Bergaduh dan bermasam muka itu sesuatu yang biasa dengan kawan baik. Tapi janganlah biarkan berterusan sehingga timbul perasaan dendam. Jika masih menghargai persahabatan tersebut, janganlah gaduh terlalu lama. Hargailah kawan-kawan yang ada ketika susah dan senang.

Kredit: TikTok hsrshdd

Baca Juga: Paip Pecah Di Kedai, Arus Deras Menyebabkan Kerosakan & Meja Bergerak Sendiri

tags: |