Tak siapa duga dan tak siapa sangka akan ada kejadian yang menakutkan dalam hidup bakal berlaku. Tidak kira sama ada kemalangan, kematian atau kehilangan harta benda serta orang tersayang. Untuk berhadapan dengan situasi tersebut, sememangnya perlu mempunyai mental yang kuat.
Memang hidup ini begitu, ujian itu adalah tanda kasih sayang tuhan. Setiap dari kita pasti akan ada ujiannya masing-masing. Tidak kiralah dari sekecil-kecil ujian atau pun sebesar-besar ujian. Hadapinya dengan sabar dan kuat. Namun jangan disangka ujian kecil yang kita dapat tidak menjadi lebih besar. Seperti juga rasa sakit terkena kaca atau benda tajam.
Rasa sakit tersebut mungkin bakal menjadi lebih besar dan lebih teruk akibat dari sesuatu yang tidak kita sangka bakal menjadi separah mungkin. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis iaitu CikShaa menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan jarinya termasuk bihun kering sewaktu membasuh pinggan.
Selepas kejadian tersebut, dia sempat merendamkan jarinya ke dalam air panas untuk menjadikan bihun tersebut kembang. Walaupun pada saat itu gadis ini berkata terasa sakit yang teramat sakit. Sempat menahan rasa sakit itu dan menjalani hidup seperti biasa. Namun pada satu ketika, jarinya mula berdenyut dan sakit.
Ekoran itu, dia telah pergi ke Klinik. Doktor di Klinik tersebut cuba untuk keluarkan bihun berkenaan namun tidak dapat. Pada ketika itu, dia sempat menahan perit yang teramat sangat sehingga air mata pun berlinang. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila doktor di Klinik berkenaan tidak dapat melakukannya (membuang bihun dalam kuku).
Doktor berkenaan telah memintanya ke hospital. Walaupun takut untuk ke hospital namun dia terpaksa melakukannya. Setelah melakukan ujian X-Ray dan ke sana ke sini serta beberapa jam menunggu, akhirnya bihun kering berkenaan boleh dikeluarkan.
https://www.tiktok.com/@sweetsecrettt21/video/7085588908301503771?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833
@sweetsecrettt21 CERITA BULAN RAMADHAN 🥹 kalau laju pause tau #fyp ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang terkejut dan tak dapat membayangkan macam mana bihun berkenaan boleh masuk ke dalam kuku gadis ini. Tidak kurang juga ada yang secara tiba-tiba berasa takut terhadap bihun selepas mengetahui kisah ini.
Sekali dengar memang tidak masuk akal. Namun itulah kuasa tuhan, sekecil-kecil perkara pun dia boleh jadikan. So selepas ini mohon korang semua berhati-hati dalam setiap perkara. Lebih-lebih lagi ketika membasuh bihun kering. Benda tajam apabila memasukki kuku pastinya akan sedikit sukar untuk dibuang.
Kredit: CikShaa