Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Kategori:
gadis OKU

Jalan hidup dan corak kehidupan setiap insan berbeza-beza. Ada yang sudah dilahirkan senang lenang dan ada juga yang sebaliknya.

Apa yang pasti, Tuhan sudah mengatur semuanya sesuai dengan jalan hidup seseorang. Ada hikmah di setiap takdir yang menyebabkan sesuatu kejadian berlaku. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Seperti kisah seorang gadis OKU (Orang Kurang Upaya) yang tular di laman TikTok, kegigihan dirinya mencari rezeki dengan menjual burger walau kekurangan upaya membuka mata orang ramai. Bagi Jaheerah Nadzri, 29, yang mempunyai masalah pembelajaran slow learner berkata, dia memilih untuk bekerja sendiri dengan menjual kudapan cornflakes berperisa madu dan telur masin.

Menurut Sinar Harian, permintaan tempahan yang tidak menentu dan hanya mendapat sambutan tinggi ketika musim perayaan berbanding hari-hari biasa menyebabkannya mencari ikhtiar mencari pekerjaan tambahan lain.

Dia dibantu bapa dan abangnya membuka gerai burger berhampiran rumahnya di Sepang sebagai sumber pendapatan baharu beberapa bulan lalu.

“Ketidakupayaan (masalah pembelajaran) tidaklah ketara sangat. Cuma segala urusan atau aktiviti yang saya hendak lakukan memerlukan bantuan orang terdekat.

“Ia menyebabkan saya tidak yakin bekerja dengan orang maka saya memilih untuk bekerja sendiri.

“Saya memasang impian untuk memiliki rumah sendiri memandangkan rumah yang diduduki bersama keluarga sekarang adalah rumah sewa selain berhasrat mewakili negeri atau negara dalam sukan petanque,” katanya bercerita tentang anak gadis OKU yang besar jiwanya.

Katanya, bantuan kerajaan setakat ini amat memadai cuma memerlukan penambahbaikan dari sudut mutu pembelajaran di sekolah Pendidikan Khas.

Mahu Bantu Keluarga Miliki Rumah Sendiri & Main Sukan Petanque

Hati ibu bapa mana tidak risaukan masa depan anak terutama anak OKU yang memerlukan perhatian khusus dalam urusan harian.

Bapa Jaheerah, Nadzri Abd Majid, 66, berkata, dia berat hati melepaskan anaknya bekerja dengan orang susulan lebih tahu tahap keupayaan dimiliki anak bongsu daripada empat beradik itu.

“Ada juga kawan-kawan Jaheerah yang juga OKU bekerja tetap tapi saya tidak yakin dengan kemampuan anak saya yang masih memerlukan bantuan daripada orang terdekat dalam setiap pekerjaan.

“Dia ada kemahiran berniaga, jadi saya harap kerajaan dapat bantu dari sudut peluang penempatan di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti gerai atau peralatan yang membolehkannya menerima tempahan jualan dalam skala besar.

Dia Ada Kelebihan Berniaga – Bapa

“Sebelum ini, tempahan yang diterima dihadkan memandangkan ia dibuat secara manual,” katanya.

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang memberi semangat kepadanya terus menerus sebagai batu loncatannya untuk terus sabar dan cekal dalam mendepani hari-hari mencari rezeki.

“Walaupun OKU, tak menghalang dia mencari rezeki dari orang yang sihat,” komen netizen dengan nama Suhada.

gadis OKU

Menitis air mata Min. Semoga rezekinya sentiasa dimurahkan Tuhan. Kekurangan adalah kelebihan yang tiada pada orang lain. Jalan terus.

Sumber: Jaheerah Nadzri 

Baca juga: “Umur 14 Tahun Dah Cuci Pinggan Di Kedai”, Pengusaha Kieda Crepe Kongsi Kisah Mula Bangkit Sampai Berjaya, Belajar Berniaga Dari Keluarga Mentua

tags: | |