Keledek goreng terutamanya keledek yang disalut tepung crunchy memang layan dimakan bersama pencicah ataupun sambal kicap.
Dan, dalam kesibukan sekarang, amat susah untuk buat keledek di rumah kerana semua orang sibuk bekerja serta kesuntukkan masa. Jadi, jalan penyelesaiannya adalah beli di kedai.
Tetapi kadang-kadang, kualiti di kedai tidak setanding dengan harga yang dibeli. Akhir-akhir ini, ramai netizen yang berkongsi pengalaman membeli makanan yang didapati kurang dari segi kualiti dan rasanya.
Terbaharu, seorang gadis yang menggunanakn nama @gadiskubur berkongsi pengalaman ‘malang’ di halaman TikTok mengenai keledek goreng yang dibelinya terlalu nipis.
Isi keledek goreng nipis itu dianggap seperti senipis kulit bawang malah dikatanya, bawang tebal lagi.
Menerusi hantaran video itu, dia meluahkan rasa kekecewaan dengan menulis komen yang sarkastik, “gi haji 2 kali sehari ni makcik ya,” katanya dalam keterangan video terbabit.
Kesal dengan keledek goreng nipis yang dibelinya, dia juga menulis, “mak cik nak pergi mana nipis-nipis ni makcik,” dalam video tersebut sambil tunjukkan keledek goreng di dalam plastik berkenaan.
https://www.tiktok.com/@gadiskubur/video/7100845042784390427
@gadiskuburgi haji 2 kali sehari ni makcik ye♬ Funny Song – Cavendish Music
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang menyokong gadis terbabit dengan memberi komen yang sama. Misalnya, seorang pengguna TikTok lain yang menggunakan nama @norhaslizayahya berseloroh “nak pi umrah balik hari” dengan iringan emoji ketawa.
Dalam hal yang sama, kehangatan isu kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi juga adalah punca peniaga mengurangkan kos pembuatan barang untuk menjimatkan lagi kos pengeluaran
Ini kerana katanya, kos pengeluaran yang terlalu besar tidak padan dengan untung jualan. Tetapi, ia bukanlah penyebab untuk peniaga tidak menjaga kualiti barang yang dijual.
Hal ini bersependapat dengan beberapa netizen tentang ketidakpuasan kualiti makanan keledek goreng nipis yang dibeli kerana kata mereka ia seperti dibuat ala kadar sahaja.
Jadi, dalam hal ini, sepatutnya peniaga makanan haruslah menitikberatkan kualiti makanan ataupun barang yang dijual tanpa memikirkan keuntungan sahaja. Keikhlasan dalam menjual membuatkan ramai lagi pelanggan akan berkunjung kerana ada keberkatan di situ.
Bayangkan, ada pelanggan misalnya ibu mengandung berkunjung ke gerai untuk membeli keledek goreng tu kerana kempunan keledek tersebut dan teruja nak memakannya. Tapi, selepas tengok rupa keledek tu, hati hancur berkecai dan balik dengan perasaan yang hampa. Sedih, kan?
Sumber: gadiskubur
Baca juga: “Makan Ikan Mentah Je..”, Pelanggan Berebut Di Sushi King, Lelaki Ini Sampai Tak Sempat Makan