Roti Gardenia memang kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada di semenanjung atau pun di Sabah Serawak. Mungkin disebabkan rasanya yang luar biasa dan mempunyai pelbagai pilihan perisa menjadikan ianya pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
Malah terbaharu ada seorang gadis Sabah yang sanggup membawa balik roti berjenama Gardenia ini. Walaupun di sana roti ini ada dijual namun rasanya sangat berbeza. Harganya juga lebih mahal.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Loanameg Daim ini, kelihatan dia sedang membuat persiapan untuk balik ke Sabah dengan memasukkan roti Gardenia dengan jumlah yang banyak ke dalam bagasi.
@loanamegseludup roti.🤣 sori la. sabah teda ni. so ini normal bagi sabah/sarawak. ##sabahan♬ Mii Channel Theme (From “Nintendo Wii”) – Moisés Nieto
Ianya adalah normal bagi orang Sabah atau Sarawak untuk membawa pulang roti ini dari semenanjung. Mereka akan membawa bekalan roti jenama Gardenia yang banyak sebagai buah tangan atau pun untuk diri sendiri makan.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warga Sabah dan Sarawak meluahkan rasa terkilan kerana harga roti yang berjenama Gardenia ini sangat mahal. Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan melakukan perkara yang sama.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan kenapa mereka sering membawa pulang roti ini. Menurut beberapa sumber, di sana memang ada satu kilang berkenaan dengan roti Gardenia ini namun rasanya sangat berbeza.
Hal tersebut adalah kerana kilang berkenaan hanya menggunakan tanda dagangan Gardenia sahaja yang mana tanda dagangan tersebut disahkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.
Sumber: Loanameg Daim