Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “1 Tangan Naik Kat Awak, 10 Tangan Papa Naik..”, Gadis Tanya Soal Meminang Saat Makan, Ini Respon Padu Si Ayah Yang Membuat Ramai Sebak!

“1 Tangan Naik Kat Awak, 10 Tangan Papa Naik..”, Gadis Tanya Soal Meminang Saat Makan, Ini Respon Padu Si Ayah Yang Membuat Ramai Sebak!

Kategori:
gadis tanya soal meminang

Berkahwin dan memiliki anak-anak serta keluarga adalah harapan dan impian setiap insan. Memiliki suami yang baik dan keluarga yang bahagia adalah satu nikmat rezeki yang tak ternilai. Siapa sahaja kan yang tidak mahu menjalani rumah tangga yang membahagiakan.

Walaupun ada masalah yang datang, kita dan suami dapat menjalaninya dengan mudah dan sabar. Berkenaan dengan perkahwinan ini, ada seorang gadis sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan nasihat si ayah apabila dia bertanya tentang seseorang yang ingin masuk meminangnya.

If someone masuk meminang me..

Masih di meja makan, gadis yang dikenali dengan nama Airinnn ini sempat bertanya berkenaan dengan seseorang yang ingin masuk meminangnya. Namun jawapan si ayah membuatkan gadis ini langsung tidak menyangka.

Menerusi video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu, Airinnn sempat bercerita bahawa dahulu ayahnya tidak suka apabila dia berkawan dengan lelaki walaupun lelaki berkenaan adalah rakan sekelasnya. Ayahnya juga selalu berpesan untuk berhati-hati setiap masa dan jangan terlalu leka.

Tiada masalah jika niat lelaki berkenaan baik

Berkenaan dengan respon ayahnya apabila ditanya tentang seseorang yang ingin masuk meminang, ayahnya menjawab jika niat lelaki berkenaan ikhlas dan baik, dia tiada masalah. Malah dia juga tidak kisah mengenai hantaran, keturunan, asal usul melainkan lelaki berkenaan adalah seorang yang baik.

Berulangkali ayahnya menyebut dia tiada masalah melainkan lelaki tersebut seorang yang baik. Ayahnya juga sempat berpesan, jika suatu hari nanti satu tangan lelaki berkenaan naik, sepuluh tangannya yang akan naik juga ke muka lelaki berkenaan.

@rnaniriaBrb crying 🙂♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh ayahnya itu. Tambah warganet lagi, setiap apa yang mereka tegur yang mana kita merasa terkongkong tapi itulah yang membantu kita sebenarnya.

Totally true..

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang sempat berkongsi kisah mereka di mana ayah mereka juga tidak menyukai dia berkawan dengan lelaki. Tidak kurang juga ada yang berasa sedih dan sebak apabila mendengar apa yang diucapkan oleh ayah kepada Airinnn ini.

My dad pun sama..

Pagi-pagi dah potong bawang..

 

Mungkin disebabkan membesar dalam keluarga yang mempunyai masalah jadi itulah penyebabnya ayahnya menjadi tegas sedemikian rupa. Namun sangat benar apa yang sempat diberitahu oleh ayahnya, pengalaman itu mendidik.

Semoga apa yang disampaikan oleh papa Airinnn ini menjadi ingatan atau pesanan untuk kita semua. Semoga juga kita yang masih belum menamatkan zaman bujang ini dikurniakan pasangan yang baik juga.

Kredit: TikTok Airinnn

Baca juga: “Jangan Potong!” Anak Tak Bagi Ayah Potong Ketam, Layan Ketam Macam Rakan Baik

tags: |