Pastinya kita akan merasa jijik apabila menemui bendasing dalam makanan yang dimakan. Lebih-lebih lagi jika sudah makan hampir separuh atau pun hampir habis. Nak muntahkan balik memang mustahil kan. Nak tak nak tahan je rasa geli tersebut.
Malah lebih menggelikan lagi adalah apabila temui binatang atau telur binatang. Seperti telur lalat atau pun ulat dalam makanan yang dimakan. Walaupun ulat tersebut ditemui di dalam buah dan ia lebih dikenali dengan ulat buah namun rasanya juga cukup menggelikan.
Seperti mana yang berlaku kepada seorang gadis yang dikenali dengan nama slviiid menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang tiba-tiba menemui ulat dalam buah limau yang dimakannya. Menurutnya, dia sangat jijik dengan kejadian itu memandangkan penemuan ulat tersebut sudah saat ulas limau yang terakhir.
Sebelumnya, dia tidak mengopek buah limau berkenaan dan hanya makan begitu sahaja. Namun untuk ulas terakhir itu, dia cuba mengopek dan apabila melihat ulat-ulat tersebut dia berasa sangat geli. Malah menerusi video tersebut jelas kelihatan beberapa ekor ulat yang masih lagi bergerak-gerak.
@slviiid YaAllahhh 😭😭
@slviiidYaAllahhh 😭😭♬ suara asli – OS Nokzz`
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video berkenaan berasa geli geleman. Ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dan ada juga yang menyatakan tidak akan makan dan selepas ini.
Malah ada juga yang terkejut dan baru sahaja habis makan buah limau. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan makan ayam ada ulat, makan daging ada ulat, makan sayur ada ulat dan buah pun ada ulat.
Namun hukum makan ulat pada buahan ini adalah dimaafkan jika dimakan bersama-sama dengan buah tersebut dan bukannya dimakan secara berasingan. Walaupun hukumnya tidak haram, kebanyakan dari kita tetap berasa geli kan. Jadi selepas ini kalau nak makan buah limau, cubalah kopek dulu buahnya ya.
Kredit: TikTok slviiid