Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Gaji YouTuber Cecah Puluh Ribu Sebulan? Che Nom Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Kenyataan Ini. Realitinya..

Gaji YouTuber Cecah Puluh Ribu Sebulan? Che Nom Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Kenyataan Ini. Realitinya..

Kategori:
Che Nom

Sebagaimana kita tahu, dengan revolusi teknologi yang semakin berkembang pesat, perubahan desakan dalam pekerjaan turut berubah. Kini dapat dilihat, sesiapa yang dapat mengawal media, akan mengawal dunia. Misalnya, menjadi YouTuber dan pekerjaan yang berkait dengan media.

Baru-baru ini, tular kenyataan daripada portal Maukerja tentang dapatan gaji yang menyentuh pekerjaan YouTuber meraih nilai paling tinggi. Menurut Maukerja, seseorang YouTuber mampu meraih RM36,000 sebulan mengikut purata gaji bulanan.

Hal itu menyebabkan perdebatan di media sosial dalam kalangan orang ramai. YouTuber sensasi Normah Bakar atau lebih dikenali sebagai Che Nom juga membidas kenyataan itu dengan luahan realiti sebenar bekerja sebagai YouTuber.

Che Nom yang didakwa menjana hasil RM120,000 sebulan daripada video-video masakannya mengatakan hal itu sebagai ‘overstretched and misguided’.

Kenyataan ‘Sesat’, Banyak Benda Lain Yang Kena Bayar

Che Nom

Menurut ciapan BMVFM di Twitter, akaun itu menyatakan Che Nom kembali menyentuh dakwaan gaji YouTuber selepas portal pekerjaan Maukerja menyenaraikan sembilan kerjaya ‘paling santai tapi gaji tinggi’ di mana penghasil kandungan YouTube berada di tangga teratas dengan gaji RM36,000 sebulan.

“0.01% YouTubers yang boleh dapat income macam ni, kalau operate sebagai company, kena ada sekurang-kurangnya tujuh video seminggu dan purata views 300,000 ke atas per video,” tulisnya. “Yang sebenarnya purata income YouTubers di bawah paras kemiskinan,” sambungnya.

Hanya Sedikit Yang Berjaya, Sebenarnya, Gaji YouTubers Bawah Paras Kemiskinan

Che Nom

Menurutnya, kemelesetan ekonomi menjadi punca syarikat-syarikat mengurangkan belanjawan iklan, sekaligus menjatuhkan revenue per mille (RPM) dan cost per mille (CPM) yang memberi kesan kepada pendapatan YouTubers. “CEO YouTube pun pening kepala sampai letak jawatan”.

Che Nom turut menerangkan kerja di sebalik tabir pembikinan sesebuah video yang memakan masa. “Nak hasilkan satu video perlukan tiga-empat hari, research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render dan upload”.

“Semua ni nak hire orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog, semua ni kos,” terangnya secara terperinci. “Hidup tak ada life, Sabtu dan Ahad kalau tak kerja, video tak siap”.

Di Sebalik Tabir Video Perlu Kos Yang Lumayan, Kebanyakan Benda Ni Orang Tak Nampak

Che Nom

Walaupun tidak mendedahkan pendapatannya sebagai YouTuber, Che Nom mengakui cuma menjana RM2,500 sebagai blogger dengan hanya 2.2 juta pageviews. “Jatuh mendadak tahun ni. Nak bayar server dan admin pun tak lepas,” jelasnya.

Dia sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang mahu menjadi YouTuber. “Fikir baik-baik. Yang diwar-warkan tu yang berjaya. Ramai yang tak berjaya. YouTubers masakan pun ramai yang dah menghilang. Peluang nak berjaya tu sangat rendah”.

Kalau Tak Ada Kesungguhan, Cari Pekerjaan Yang Lebih Menjamin Masa Depan

“Kalau tak ada kesungguhan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession, carilah kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan. Ada medical, KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit,” tulisnya menutup perkongsian.

Sumber: Che Nom

Baca juga: Sehebat Mana Teknologi Robot Penghantar Makanan, Kedai Makan Masih Perlukan Tenaga Manusia Untuk Operasi Lancar

tags: | |