Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Balik Dari Kerja Di Timpa Musibah!” Gara-Gara Tupperware, Lelaki Ini Tak Pasal-Pasal Dibebel Oleh Isteri

“Balik Dari Kerja Di Timpa Musibah!” Gara-Gara Tupperware, Lelaki Ini Tak Pasal-Pasal Dibebel Oleh Isteri

Kategori:
TUPPERWARE

Tupperware merupakan jenama yang sangat terkenal, tertumpu dengan mengeluarkan pelbagai peralatan dapur dan barangan rumah. Oleh kerana harganya mahal, ia sering dijadikan sebagai hadiah buat para wanita.

Malah, ada beberapa suri rumah yang begitu menyanyangi bekas Tupperware sehingga tidak sanggup menggunakannya. Jika digunakan pun, mereka sangat teliti supaya tiada kerosakan. Berhati-hati apabila menggunakannya, nanti tak pasal-pasal dimarahi oleh isteri dan mak anda.

Tupperware Bersepai, Macam Mana Nak Jelaskan Pada Isteri?

Di laman TikTok, seorang pengguna, shaf_2104 berasa panik apabila Tupperware kesayangan isterinya didapati bersepai di jalan raya setelah ia terkeluar dari bakul motosikalnya ketika dia menunggang di jalan raya yang sibuk.

Mendapatinya hilang, dia terus berpatah balik dan mendapati bekas tersebut jalan raya. Namun, malang tidak berbau, kerana kenderaan yang datang tanpa henti, bekas tersebut telah pun pecah.

Meskipun takut, lelaki itu terus pulang dan menjelaskan pada isterinya apa yang terjadi. Tak cuba berselindung atau menghapuskan ‘bukti’, dia terpaksa menadah telinga dan menghadapi amarah isterinya.

@shafnur_family

TUPPERWARE bini aku bersepai weii.. tolong aku guysss… #fyp #tupperware #viral #kasiviral #helpme #tiktokmalaysia #support

♬ Oh No – Kreepa

@shaf_2104TUPPERWARE bini aku bersepai weii.. tolong aku guysss… ##fyp ##tupperware ##viral ##kasiviral ##helpme ##tiktokmalaysia ##support♬ Oh No – Kreepa

Bekas Lebih Penting Dari Suami?

Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang merasakan respon isterinya amatlah ‘kejam’ dan tidak prihatin terhadap suaminya. Seolah tidak peduli akan keselamatan suami, mereka berpendapat bahawa dia lebih mementingkan bekas yang telah pecah, dimana ia boleh diganti pada bila-bila masa.

TUPPERWARE

Bab Tupperware Jangan Main

Lelaki itu tampil untuk menjelaskan respon isterinya yang menerima teguran dari warganet. Dikatakan hadiah, dia memahami mengapa isterinya berasa marah terhadapnya. Malah, ada juga beberapa warganet yang memahami situasinya.

TUPPERWARE

Sabar sahaja lah bila isteri marah. Hati perempuan ini lembut, nanti dia akan maafkan anda, tak adanya dia sanggup nak halau suaminya tidur di luar rumah.

Yang penting, si suami lebih berhati-hati lain kali supaya perkara ini tidak berulang. Kalau nak pujuk, seeloknya anda belikan Tupperware baru buatnya.

Kredit: TikTok shaf_2104

Baca Juga: “Musnah Harapan Nak Bagi Adik..” Gara-Gara Turuti Nasihat Ahli Group, Ini Pula Yang Terjadi Pada Abah

 

tags: |