Roti Gardenia atau pun produk Gardenia merupakan pilihan utama rakyat Malaysia. Walaupun masih ada roti keluaran jenama lain di pasaran namun kebanyakkan rakyat Malaysia tetap memilih roti jenama ini.
Namun terbaharu, ada berita kurang menyenangkan berkenaan produk keluaran Gardenia ini. Selain dari sayuran yang sudah naik harga, produk keluaran Gardenia juga akan naik harga bermula 1 Disember 2021 ini.
Menurut syarikat Gardenia dalam surat kepada peruncit, semakan harga itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.
Harga bagi Gardenia Original Classic 400g mulai 1 Disember ini adalah RM2.80 sebuku sebelum ini RM2.50. Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4, sebelum ni RM3.55. Manakala Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 naik daripada RM2.50.
Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70 dan Gardenia Puazz Buns naik kepada RM1.30. Dan beberapa lagi produk lain juga turut naik.
Anda boleh lihat senarai harga yang diberikan oleh Gardenia kepada pihak peruncit di bawah ini.
Baca juga: Netizen ‘Lelong’ Gardenia RM699. Ada ke yang sanggup beli?