Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gelagat Cina Kelantan Ratah Ulam Budu Sambil Cakap Pelat Kelantan, Netizen Kagum Bahasa Tak Pelat Langsung

Gelagat Cina Kelantan Ratah Ulam Budu Sambil Cakap Pelat Kelantan, Netizen Kagum Bahasa Tak Pelat Langsung

Kategori:
gelagat Cina Kelantan ratah ulam

Cina peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka mengamalkan kehidupan dan budaya Melayu hingga ramai yang keliru sama ada mereka berbangsa Melayu, Siam atau Cina.

Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu, Cina peranakan kebanyakan berkulit sawo matang, mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya.

Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang daripada tubuh, tambah menyukarkan untuk membezakan antara Cina Pernakan dan Melayu di Kelantan.

Gelagat Cina Kelantan Ratah Ulam Budu Sambil Cakap Pelat Kelantan, Netizen Kagum Bahasa Tak Pelat Langsung

Seperti satu video yang dikongsikan oleh Cina Kelantan, Evonne Kang tentang bagaimana dia dan keluarganya menyukai ulam budu yang dimakan bersama nasi, perkongsian itu mendapat perhatian netizen.

Bertutur dalam loghat dan dialek Kelantan yang tidak pelat, netizen kagum dengan cara percakapan mereka dan menyifatkan ia sebagai satu kebanggan rakyat Kelantan yang patut dicontohi. Dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum ini, hal itu dapat mendekatkan bangsa Cina dan Melayu serta lain-lain bangsa di sana apabila loghat Kelantan bersatu.

Menerusi video itu, dia menunjukkan perbualan ketika sedang menikmati hidangan nasi putih yang hanya berlaukkan budu dan ulam bersama cili. Mereka makan dengan begitu menyelerakan sambil diselit perbualan yang lawak dan lucu.

“Makan nasi ulam je, favourite ulam jatung pisang dan terung. Pahtu kito letok cili hok nenek kito wak,” katanya dalam video gelagat Cina Kelantan ratah ulam tersebut.

Saudaranya yang lain hanya memakan nasi putih bersama ulam terung sahaja dicicah bersama budu. Ia adalah makanan yang sedap dan boleh membuatkan mereka bertambah-tambah nasi, menurutnya.

“Jantung Xiāngjiāo tu jantung pise (pisang). Nasaboh gi tanya (ada ke pergi tanya?),” selorohnya mereka bersama dalam perbualan mengenai ulam budu itu. 

Perbulan mereka mendapat perhatian netizen sehinggakan videonya tular kerana netizen kagum dengan kepetahan mereka bercakap dialek Kelantan.

Makan Nasi Putih Dengan Ulam Budu Sahaja

gelagat Cina Kelantan ratah ulam

@starzvonne519 Nasi Ulam Jantung Pisang #bveggiefood#vegetarianfood #kotabharukelantan#vegetables ♬ original sound – Evonne Kang

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang suka mendengar Cina Kelantan bercakap dialek Kelantan sedemikian. Situasi berkenaan seperti menggambarkan rakyat Malaysia sebenarnya boleh bersatu padu di bawah bumbung yang sama walaupun punya latar belakang berbeza.

“Suka gila bila Chinese cakap Kelantan. Manis je bila dia orang  cakap Melayu Kelantan. Love it,” kata netizen bernama Tunlyana memberi reaksi video gelagat Cina Kelantan ratah ulam tersebut.

“Aku ingat yang pakai spek mata tu tak reti cakap Melayu mula-mula sebab dia diam. Sekali dia buka mu,ut nohhhh rokiah ladi pekat loghat Kelantan,” kata Lotus.

“First time tengok Chinese speak Kelantan. Love sangat!,” komen netizen bernama Fara.

Tengok Cina Cakap Kelantan, Suka Sangat Tengok Rakyat Harmoni

gelagat Cina Kelantan ratah ulam

Terbuktilah, walau berlainan bangsa, kepercayaan dan agama, kita boleh bersatu menggunakan bahasa yang sama.

Hal ini mungkin tidak dapat diilihat dalam perkspektif yang besar, tetapi dengan menggunakan bahasa Melayu walaupun berlainan bangsa tanpa ada isu perkauman dan pemikiran kolot, suatu hari nanti, pasti kita akan terlihat hasilnya kepada pembanguan negara.

Bersatu padulah semuanya.

Sumber: Evonne Kang

Baca juga: Adun Lancar Kempen Pergi Kedai Bawa Gelas Sendiri, Kurangkan Guna Plastik Bungkus

tags: | | |