Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Janganlah Halang Anak Dari Tolong Korang..”, Kongsi Gelagat Dua Beradik Di Dapur, Kerajinan Mereka Menarik Perhatian Netizen

“Janganlah Halang Anak Dari Tolong Korang..”, Kongsi Gelagat Dua Beradik Di Dapur, Kerajinan Mereka Menarik Perhatian Netizen

Kategori:
DUA BERADIK DI DAPUR

Sifat rajin dan suka membantu di dapur perlulah diterapkan sejak kecil lagi. Bila sudah bergelar sebagai ibu bapa, janganlah suka menghalang anak-anak dari menghulurkan sedikit bantuan. Walaupun isu keselamatan anak-anak di dapur menjadi kerisauan ibu bapa, namun jika dipantau dengan baik, sudah pasti segala kecelekaan dapat dielakkan.

Jika anak-anak bersedia dan teruja ingin membantu bila anda berada di dapur, terimalah bantuan itu dan bimbingi mereka. Hal itu akan memupuk sifat kerajinan dan minat dalam memasak yang merupakan sesuatu yang sangat berguna apabila mereka dewasa.

Ibu Kongsi Gelagat Dua Beradik Di Dapur

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok, pengguna fsjuniors, yang merupakan seorang ibu memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat dua beradik di dapur.

Merupakan anaknya, walaupun masih lagi di usia kecil, mereka kelihatan rajin dan sedia untuk membantunya di dapur. Menyediakan popia isi ketam bersama, anak-anaknya senang bila dapat meluangkan sedikit waktu dan masak bersama.

Malah oleh kerana mereka sudah mahir dan terbiasa, si ibu tidak perlu melakukan banyak perkara, hanya sekadar memantau dan membimbing anak-anaknya agar tidak berlaku sebarang hal yang tidak diingini. DUA BERADIK DI DAPUR

@fsjuniors Dear daughter and son in law, you owe me big thanks 😊#myfoodie #fypdongggggggg #crabrangoon #loveyoustill #abcdefu #toddler #montessori ♬ ABCDEFU Romantic Remix – TylerShawMusic

Jangan Halang Anak-Anak Di Dapur

Menjengah di ruangan komen, netizen memuji tindakan wanita itu yang sudah mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk berada di dapur. Malah, jika anak mula menunjukkan minat, ibu bapa jangan menghalang kerana hal itu merupakan sesuatu yang positif. DUA BERADIK DI DAPUR DUA BERADIK DI DAPUR

Comel sahaja gelagat dua beradik ini, kan? Jika anda mempunyai anak-anak di rumah, ajaklah mereka ke dapur dan jangan halang bila mereka ingin membantu. Walaupun isu keselamatan mejadi kerisauan, ibu bapa perlu ajar anak-anak berdikari. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kredit: TikTok fsjuniors

Baca Juga: Order Sudah Siap Dibungkus & Sedia Untuk Dihantar, Akhir Sekali Peniaga Ini Kena Scam Dengan Pelanggan

 

 

tags: