Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Selamba Berebut Dengan Orang Sebelah, Gelagat Kanak-Kanak Ini Makan Petai Buat Netizen Terhibur

Selamba Berebut Dengan Orang Sebelah, Gelagat Kanak-Kanak Ini Makan Petai Buat Netizen Terhibur

Kategori:

Bila budak-budak nak makan, macam-macam ragam boleh kita lihat. Ada yang suka makan macam-macam. Ada juga yang suka memilih makanan.

Namun biasanya yang kita tahu, budak kecil cukup suka dengan makanan yang manis, sampai berebut dengan orang lain.

Ada juga kanak-kanak yang suka mencari gula-gula atau makanan manis lain setiap hari. Namun, ia bukanlah perkara yang pelik bagi kanak-kanak.

Tapi, lain pula ceritanya dengan seorang kanak-kanak ini yang mempunyai makanan kegemaran yang aneh daripada biasa.

Kecik-Kecik Suka Makan Petai

Tular di TikTok baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan didapati sangat sukakan makan petai sehinggakan berebut untuk ambilnya daripada pinggan orang lain.

Pengguna TikTok, cikkfaaa2 menganggap citarasa anak saudaranya ini cukup pelik berbanding kanak-kanak lain. Dalam video tersebut, dia terpaksa tahan anak buahnya daripada mengambil lebih banyak petai!

@cikkfaaa2

Anak buah hang makan petai tak . Tak.. hmmm lemahhhh #fyp #fypシ

♬ original sound – Farahin Suliana – Farahin Suliana

Menurut si pemilik video, selain petai, anak saudaranya yang berusia 8 tahun ini juga suka makan nasi berlaukkan sambal. Tak ada lauk lain pun tak apa!

Anak Buah Kita Pun Sama, Petai Nombor 1

Walaupun kegemaran budak perempuan ini dilihat pelik, rupanya ramai lagi kanak-kanak lain yang ada citarasa yang sama.

Meninjau di ruangan komen, sesetengah netizen juga berkongsi tabiat anak buah atau sepupu mereka yang sangat suka makan petai. Ada kalanya boleh habis sampai bertangkai-tangkai.

Tak cukup dengan itu, ada yang suka ratah petai macam makan kacang. Ada pula yang suka makan buah kerdas! Rare betul citarasa!

Makan Petai

Seorang ibu yang mempunyai anak penggemar petai juga cukup faham dengan gelagat comel budak perempuan ini.

Katanya, anak sulungnya juga suka makan petai, sampai berebut dibuatnya. Disebabkan itu, timbul pula rasa menyesal kerana mengajarkan anaknya makan petai sejak usia kecil.Makan Petai

Tak sangka pula ada budak-budak yang sukakan petai. Ingatkan orang tua saja yang suka.  Anda kenal dengan hantu petai macam budak perempuan ini? Pernahkah anda terjumpa kanak-kanak yang mempunyai kegemaran yang pelik daripada biasa? Jom kongsikan kisah anda dengan kami!

Sumber : TikTok @cikkfaaa2

tags: