Mempunyai jiran yang baik hati dan peramah merupakan salah satu rezeki yang patut disyukuri. Sebab bukan semua orang bernasib baik dikurniakan jiran yang baik hati dan satu kepala ini. Kadangkala ada jiran yang tak bertegur sapa bahkan pandang muka pun langsung tak nak.
Berkenaan dengan jiran ini, ada kisah yang boleh dikatakan agak melucukan dan membuatkan warganet tidak kering gusi. Di mana ada seorang gadis dengan bersahaja meminta makanan dari jiran sebelah. Melihat gelagat mereka menerusi video yang dikongsikan oleh Linda Said ini memang membuatkan sesiapa sahaja ketawa.
Mana tidaknya, pada mulanya Linda dengan selamba bertanya kepada jirannya yang juga merupakan seorang gadis apakah ada mi atau tidak. Namun mi tidak ada, jadi dia meminta pula roti. Tidak lama kemudian jiran berkenaan memberikan sebungkus roti.
Dari luar tingkap, Linda mengambil roti berkenaan yang dihulurkan oleh jirannya itu dari dalam. Kemudian Linda sempat berkata akan menggantikannya kembali namun jirannya tersebut menolak. Namun jawapan yang diberikan oleh Linda selepas menjawab penolakkan mengenai pergantian roti tersebut sungguh melucukan.
@wanitabermisai Reply to @irenesabryna semua sihat. Btw mtk je. takyah nak acah acah malu, kalau boleh jadi tak tau malu😘 #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage #jiran
@wanitabermisai Reply to @irenesabryna semua sihat. Btw mtk je. takyah nak acah acah malu, kalau boleh jadi tak tau malu😘 #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage #jiran ♬ original sound – Linda Said
Melihat gelagat mereka berdua ini, rata-rata warga TikTok terhibur melihat gelagat dua gadis cantik ini. Mana tidaknya, mereka seakan adik beradik. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan Linda seolah-olah menjadikan jirannya itu sebagai kedai runcit.
Dalam masa yang sama, ramai juga yang terhibur apabila mendengar penolakan jiran Linda saat Linda memberitahu akan menggantikan kembali roti yang diambil itu.
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman di mana ada jirannya yang turut meminta barangan dapur.
Mesti bahagia kan hidup kalau dapat jiran yang sporting macam ini. Semoga kita juga semua dikurniakan jiran yang baik-baik dan boleh menolong antara satu sama lain. Sekadar perkongsian, jiran ini adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat. Sama ada di kiri, kanan, hadapan, atas, belakang atu bawah (bagi rumah flat).
Kredit: TikTok Linda
Baca juga: Wanita Ini Mendakwa Jiran Berikan Sisa Makanan, Namun Ini Pula Nasihat Warganet Padanya