Seorang lelaki memberi makan anjing di depan rumahnya ekoran jirannya tidak dapat pulang kerana terkandas di Singapura. Betapa mulianya hati dia. Masih lagi mengambil berat mengenai anjing tersebut walaupun menurutnya dulu anjing tersebut langsung tidak boleh melihat dia. Lain pula dengan sekarang, kerana anjing itu menjadi manja yang amat dengannya.

Menurut caption video yang berdurasi 36 saat itu, yang dikongsi oleh Muhammad Faiz di laman Facebook miliknya pada Selasa. Anjing peliharaan jirannya itu diberi makan 2 kali sehari manakala air untuk diminum oleh anjing itu turut diberikan oleh kawannya, cuma tidak ditunjukkan di dalam video.

Rata-rata warganet menulis komen mengucapkan perhargaan terima kasih dan ada yang menulis ” God Job. Kita tak boleh pegang..bukan tak boleh sayang binatang.. Semoga dimurahkan rezeki pemberi..Amin“.

Sikap yang ditunjukkan oleh abang ini sangat mulia. Semoga kita dapat contohi dan amalkan dalam kehidupan kita sikap yang sebegini. Daily Makan mengucapkan terima kasih kepada anda, Muhammad Faiz. Semoga anda dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Good job!

Sumber : Facebook Muhammad Faiz

 

(This post has been visited 86 times!)