Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bukan Sedut. Mulut Tu Nganga Luas-Luas” Gelagat Orang Putih Makan Pakai Tangan Raih Perhatian Ramai

“Bukan Sedut. Mulut Tu Nganga Luas-Luas” Gelagat Orang Putih Makan Pakai Tangan Raih Perhatian Ramai

Kategori:
gelagat lelaki makan pakai tangan

Siapa sangka rupa-rupanya ada yang berminat dengan Malaysia dan ingin belajar budaya masyarakat Melayu seperti makan pakai tangan. Memang tidak dinafikan. kehidupan masyarakat kita sangatlah sopan dalam setiap perkara.

Malah negara kita seringkali dikunjungi oleh mat salleh atau orang barat serta turut dipanggil orang putih. Seperti mana yang heboh di media sosial berkenaan dengan sekumpulan mat salleh yang mengunjungi negeri Terengganu dan menginap di sana beberapa hari.

Apa yang membuatkan orang ramai berasa kagum adalah apabila melihat kesungguhan mereka dalam menyelami kehidupan masyarakat Melayu. Bahkan cara mereka memahami dan menghayati amalan dan cara kehidupan kita di sini cukup luar biasa.

Malah ada juga yang sanggup dan senang hati untuk menikmati makanan kampung seperti budu dan lauk pauk yang lain. Bukan itu sahaja, mereka kelihatan gigih belajar makan pakai tangan.

Gelagat Orang Putih Gigih Cuba Makan Pakai Tangan Raih Perhatian Ramai

Seperti mana video yang dikongsikan oleh Wan aja menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan sekumpulan mat salleh yang makan pakai tangan. Kegigihan mereka wajar dipuji kerana makan pakai tangan bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang tidak biasa.

Memandangkan kehidupan di negara barat makan dengan menggunakan sudu dan amat jarang sekali ada yang makan pakai tangan. Menerusi video tersebut, dapat dilihat salah seorang lelaki mat salleh yang mencuba makan pakai tangan walaupun kelihatan kekok.

Beberapa kali mencuba dan turut diajar oleh rakan-rakannya, lelaki berkenaan dilihat seolah-olah menyedut dan bukan memasukkan nasi tersebut ke dalam mulut. Walaupun berkali-kali gagal dan tidak menjadi, dia kelihatan tetap berusaha.

Mungkin hanya tinggal dia sahaja lagi yang tidak pandai makan tangan sehinggakan ramai kawan-kawannya yang mengajarkannya. Ekoran itu, gelagat mereka ini telah meraih perhatian ramai.

@wanaja5

Bile mu dh pandai mkn ngn tngn & nk ajr mmber lain mkn ngn tngn lak 🤣🤣🤣

♬ Funny – Gold-Tiger

@wanaja5Bile mu dh pandai mkn ngn tngn & nk ajr mmber lain mkn ngn tngn lak 🤣🤣🤣♬ Funny – Gold-Tiger

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video tersebut.

Bukan sahaja ramai yang merasakan gelagat mereka ini sangat comel namun ada juga yang menulis, malas nak cakap lebih. Kita dah puas duk mengajar kawan-kawan bukan Melayu makan pakai tangan tapi tetap pakai garfu juga.

Ada juga yang berseloroh, tak payah la angkat tinggi sangat takut tersiku kawan sebelah.

“Malas ah nak cakap lebih, kita dah puas duk ngajor kawan-kawan non Melayu”

Dalam masa yang sama, ada juga yang menganggap situasi tersebut sangat kelakar dan kelihatan comel. Malah ada yang turut menulis, kena buat tutorial nak makan pakai tangan.

“Kesian iya kelakar juga iya”

Walaubagaimanapun, kesungguhan lelaki berkenaan dan mereka makan pakai tangan wajar dipuji. Sepatutnya kita berasa bangga kerana ada orang dari negara lain yang sanggup belajar cara hidup dan budaya masyarakat Melayu kita.

Sumber: TikTok Wan aja

Baca juga: “Tulis Sekali Tak Baca..” Ramai Setuju Pelanggan Ini Tulis Nota Panjang, Takut Vendor Tak Perasan

tags: | | |