Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gelagat Para Suami Cari Barang Keperluan Tanpa Isteri Di Sisi “Ada Pegang Kertas. Ada Yang Video Call”

Gelagat Para Suami Cari Barang Keperluan Tanpa Isteri Di Sisi “Ada Pegang Kertas. Ada Yang Video Call”

Kategori: ,

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan selama dua minggu ini, kerajaan telah memutuskan bahawa hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan harian untuk keluarga.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai orang, gelagat “ketua rumah” ini mencuit hati kerana mereka seperti kali pertama mengenal barang-barang keperluan dapur.

Perkongsian daripada Muzaffar Rahman di laman Facebooknya megenai gelagat sang suami mengendali pembelian barang di sebuah pasaraya.

Dah macam “Treasure Hunt ” pulak rasa. Masing-masing duk tengok kertas. Check point banyak oo.. Kena cari sampai dapat.

Isteri masing-masing pakat tulis kat kertas, barang apa nak kena beli.

Rasa was-was. Ambil gambar, wassap kat isterii. Lagi dasyat ada yang bervideo call.

“Hah tengok, nak yang mana satu??”

Sumber : Muzaffar Rahman

Sumber rujukan : Siakapkeli

 

 

tags: |