Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Comel Je..” Geng Isteri Kenakan Suami, Semua Pakai Baju Yang Sama Buat Ramai Terhibur

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 7, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
suami pakai baju sama
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila sudah berkahwin dan memiliki keluarga sendiri pasti agak sukar untuk makan atau berkumpul bersama dengan adik beradik serta kenalan rapat kan? Dalam setahun boleh dikira dengan jari berapa kali yang berjumpa.

Apabila berjumpa, pasti lama. Ye la, sudah ada depan mata pasti banyak perkara yang ingin diceritakan. Banyak hal yang ingin diluahkan. Tak payah pergi bercuti jauh pun, hanya berjumpa ramai-ramai di kedai makan atau mana-mana tempat pun sudah cukup.

Seronok kan apabila suami atau isteri kepada kenalan atau adik beradik kita juga turut menjadi geng kepada pasangan kita? Tapi itulah, apabila dah masuk geng pasti akan ada perkara yang dilakukan.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama nradilaa noor menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan tindakan yang dikenakan oleh dia dan isteri lain kepada suami masing-masing. Tidak dapat diketahui dengan jelas, apakah mereka ini adik beradik atau pun sekadar kenalan rapat.

Kenakan suami dengan pakai baju yang sama semua, ramai pula yang terhibur

Adilaa serta isteri yang lain telah bersepakat untuk meminta suami mereka memakai baju yang sama. Corak serta warnanya juga sama, baju berbelang hitam putih itu dipakai oleh suami masing-masing tanpa diketahui apa matlamat utamanya.

Apabila sampai di sebuah restoran, hampir semua suami kepada rakan Adila ini terkejut dan masing-masing ketawa sesama sendiri apabila mendapati baju yang dipakai sama. Tidak lama kemudian, sampai pula pasangan yang lain. Namun setiap seorang yang tiba pasti terkejut.

Malah ada juga yang sempat menggelengkan kepala dan kemudiannya tidak dapat menahan ketawa apabila mendapati ramai yang memakai baju yang sama sepertinya. Ekoran itu, ramai yang terhibur melihat para suami dikenakan sebegitu oleh isteri masing-masing.

@nradilafs

We bought our men matching tees without them knowing. Here’s their reaction HAHAHAHAHAHA #fyp #pranklaki

♬ Love Grows (Where My Rosemary Goes) – Edison Lighthouse

BacaJuga

prank teman lelaki

“Boleh Putus Kalau Macam Ni..”, Wanita Ini Prank Teman Lelaki Dengan Makan Coklat Bawang, Reaksinya Melucukan

Ogos 19, 2023
0
Minta Sos Keju Lebih

Minta Sos Keju Lebih, Wanita Ini Terkejut Bila Pekerja Marrybrown Letak Hingga Penuh Satu Bekas

Julai 31, 2023
3
@nradilafs We bought our men matching tees without them knowing. Here’s their reaction HAHAHAHAHAHA #fyp #pranklaki ♬ Love Grows (Where My Rosemary Goes) – Edison Lighthouse

Seronoknya tengok semua tolak stroller..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, seronok tengok semua tolak stroller. Itulah, mungkin mereka sama-sama dikurniakan anak yang masih kecil.

Malah ada juga yang menulis, semua suami teragak-agak nak masuk. Mana tidaknya, para lelaki ini bukan macam perempuan. Mungkin mereka agak malu dan terkedu apabila melihat baju mereka semua sama.

Agak-agak kalau tukar suami pula buat macam ni..

Tidak kurang juga ada yang menulis, agak-agak kalau tukar, suami pula buat macam ni, agak-agak isteri angin tak. Dalam masa yang sama, ramai juga yang berpendapat kejadian tersebut sangat comel.

Jarang sekali kan tengok para suami atau si lelaki berpakaian dengan corak dan warna yang sama. Kalau para perempuan memang sudah biasa dilihat. Tetapi agak comel kan apabila melihat mereka semua berpakaian sama sedemikian rupa.

Sumber: Tiktok nradilaa noor

Baca juga: Kucing Peliharaan Bawa Balik Binatang Aneh, Lelaki Ini Buntu Tak Tahu Nak Bagi Makan Apa

Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
udemy paid course free download
download coolpad firmware
Tags: IsteriPrankrestoranSuami
ShareTweetSend

Related Posts

cendol santan kelapa sawit
Berita

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

September 22, 2023
168
peniaga buah kini pasar malam
Berita

“Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

September 22, 2023
30
Beli Jus Nenas
Berita

Beli Jus Nenas Dalam Kotak, Wanita Ini Terkejut Dapat Air Kosong & Rasa Seperti Kena Scam

September 21, 2023
48
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist