Sejak bulan April lalu, tular tentang perniagaan Indomie yang menerima sambutan orang ramai di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ia dibuka di tepi-tepi jalan dengan mendirikan gerai kecil dan menerima pengunjung yang ramai pada waktu malam terutamanya.
Namun, dalam satu perkongsian oleh pengguna TikTok dengan nama Aizat Azmie, dia berkongsi berkenaan video bagaimana kedai tersebut disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Sabtu.
“Alhamdulillah sempat merasa indomie viral Tasik Titiwangsa,” tulis Aizat ringkas. Aizat berkemungkinan pelanggan terakhir yang mendapat pesanannya berdasarkan keadaan hidangannya yang masih belum dimakan.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang setuju dan ada yang berpendapat sebaliknya.
@aizat.azmie Orang terakhir beli sebelum ini terjadi. #indomieviral #indomietitiwangsa
Sumber: Aizat Azmie