Teh bunga merupakan sejenis minuman yang enak diminum samada sejuk atau panas. Mudah dan sangat menyegarkan, ia dijual di merata tempat. Sempena Ramadan, ia juga menjadi minuman pilihan untuk berbuka puasa.
Terkenal di Bazar Ramadan, minuman itu tetap laris walaupun berpuluh-puluh gerai menjualnya. Namun untuk menarik pelanggan, sudah tentu ada teh bunga yang lain dari yang lain yang boleh dicuba.
Terkini, viral di media sosial berkenaan sebuah gerai teh bunga yang bertapak di sebuah bazar Ramadan. Menjual minuman itu sempena Ramadan, gerai tersebut dikenali dan kelihatan berbeza dari yang lain.
Selain minuman teh bunga yang dijual, apa yang lebih menarik mengenainya adalah sekumpulan lebah yang mengerumuni gerai tersebut. Pada mulanya disangka lalat tapi rupanya lebah!
Orang ramai tentu risau melihat lebah yang begitu banyak di sekitar gerai itu tapi pekerja-pekerja di sana kelihatan tenang membungkus minuman pada pelanggan walaupun berdepan risiko terkena sengat lebah.
@miejaramieza Level manis teh bunga yang tak boleh bincang sampai lebah pun hurung. Confirm selevel manis aku. Tiberr π #bazarramadan #fyp
@miejaramieza Level manis teh bunga yang tak boleh bincang sampai lebah pun hurung. Confirm selevel manis aku. Tiberr π #bazarramadan #fyp β¬ original sound – bellabougis___88 – π π’π©π©ππ π¬π²π€π¦π°__88 πΌ
Menjengah di ruangan komen, lebah yang ada menarik perhatian orang ramai. Menurut mereka, lebah-lebah itu merupakan lebah yang baik dan tak akan menyengat pelanggan. Ada juga yang sempat bergurau bahawa memandangkan sekarang bulan puasa, lebah itu tentu juga sedang beramal ibadah.
Tak pernah lagi tengok gerai teh bunga sebegini, kan? Sekali tengok berasa gerun pula takut disengat lebah tapi lama kelamaan macam menarik pula. Kalau anda, berani ke untuk mencuba teh bunga lebah ini? Kalau berdekatan atau anda mengenali lokasinya, ia perlu dikunjungi untuk merasai teh bunga yang dijual.
Kredit: miejaramieza
Baca Juga: βSatu Family Kecewa..β, Bawa Balik Colek Ayam Mentah, Wanita Ini Terkedu Bila Ditipu Peniaga