Ramai gadis yang sangat gemarkan pencuci mulut. Selain aiskrim, kek yang sering menjadi pilihan. Tak kisah yang mahal atau murah, jumpa sahaja terus beli, seronok mereka makan.
Namun ada sahaja yang boleh memotongkan mood ketika sedang menikmati kek yang telah dibeli. Kalau bukan rasa kek, bekas pun boleh menjadi isu lebih-lebih lagi jika ia tidak sesuai dengan jenis kek dan menyebabkan pembaziran.
Sangat menggemari kek cheese red velvet, gadis ezzwiin37 telah bersusah payah mencarinya di merata tempat. Akhirnya bila ditemui, dia terus membeli satu bekas untuk dimakan.
Seronok makan dan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan kek yang telah dibeli, gadis itu bagaimanapun berasa geram dengan bekas kek tersebut kerana susah mendapatkan sisa keju krim yang melekat.
Malah dia cuba untuk mengautnya menggunakan sudu tapi tidak berhasil. Rasa seperti membazir, gadis itu ingin tahu siapa yang mendapat idea untuk mencipta bekas sebegini. Sayangnya terpaksa membazir dan tak boleh menghabiskan kesemuanya.
@ezzwiin37 tolong la ubah🥲 demi kami pecinta cheese🥹#kasiviral #viral
@ezzwiin37 tolong la ubah🥲 demi kami pecinta cheese🥹#kasiviral #viral ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Begitulah perempuan, bekas kek pun boleh menggangu selera makannya. Kalau tak kena dan menyusahkannya, habis semuanya akan dipersalahkan dan diungkitkan.
Bagi si peniaga pula, pastikan anda menggunakan bekas kek yang sesuai dan tidak merugikan pelanggan. Kesian mereka perlu mengaut sisa-sisa kek.
Kredit: ezzwiin37
Baca Juga: Jumpa Pengemis Di Pasar Tani, Wanita Ini & Anak Kesian, Pilih Untuk Beri Nasi Ayam Sebagai Sedekah