Seni dan kreativiti merupakan bakat yang boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang. Malah, bukan sahaja melukis dan menari, keseniaan juga boleh diserlahkan dalam dunia masakan.
Jika dilihat sekarang, pelbagai jenis hidangan dan dekorasi yang cantik telah berjaya dihasilkan menerusi masakan. Malah, rupa sesuatu hidangan memainkan peranan yang penting dan pelbagai rancangan dari luar negara telah memaparkan pelbagai chef berbakat yang telah berjaya menghasilkan pelbagai hidangan yang cantik dan berupa realistik.
Di laman TikTok, seorang pengguna, ainaazaidi_, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat suaminya yang telah mengigit kepala seekor burung merpati.
Kelihatan berselera dan selamba sahaja apabila mengigit, rupanya burung merpati itu adalah sebuah kek yang nampak sangat realistik. Dari riak wajah lelaki itu, nampaknya kek itu sangat enak.
@ainaazaidi_##fypシ ##tiktokviral ##fyptakni ##fyplah ##burungterkukur♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa terkejut bila melihat tindakan lelaki itu. Risau jika haiwan itu diapa-apakan, mereka berasa lega bila mengetahui rupa-rupanya burung merpati itu adalah sebuah kek yang boleh dimakan.
Malah, ada juga yang bersedia untuk memarahi lelaki itu kerana bertindak sedemikian pada ‘haiwan’ itu. Nasib baik kek, terus tak jadi nak marah.
Nak rasa sedih dan marah terus tak jadi bila kena prank sebegini. Memang kek itu nampak seperti real, kan? Sekali tengok memang rupanya sama seperti seekor burung merpati. Jangan risau, tiada haiwan diapa-apakan dalam video ini.
Bagi anda yang ingin mengenakan kawan-kawan, boleh lah tempah kek realistik sebegini. Macam-macam rupa boleh dihasilkan.
Kredit: TikTok ainaazaidi_
Baca Juga: Gelagat Comel & Sweet Atuk Nenek Ini Saat Potong Kek Buat Warganet Senyum Sendiri