Baru-baru ini, telah gempar satu kenyataan seorang pegawai kerajaan yeng menyuruh rakyat mengurangkan pemakanan telur dek kerana harga yang mengalami peningkatan.
Katanya, jika sebelum ini pengguna memakan 15 biji, mereka perlu mengurangkan menjadi 10 atau 5 biji sahaja. Kata-kata berkenaan telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen terutamanya di media sosial. Pelbagai reaksi kecewa dan marah atas apa yang diucapkan oleh pegawai berkenaan.
Lantaran itu, ramai netizen memuat naik sindirian atau hantaran berbaur sarkastik yang melucukan dan membuat ramai netizen lain tertawa. Setidaknya, dalam semua sedang kebimbangan, ada perkara yang melucukan boleh ditertawa bersama.
Ini dapat dilihat daripada perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @wany_art apabila dia menunjukkan caranya yang tersendiri memasak telur dalam keadaan berjimat.
Daripada video perkongsian berkenaan, wanita itu menunjukkan dia menggunakan permukaan bawah tin untuk dijadikan tempat memasak telur dan lilin bagi menggantikan api dapur.
Hai itu menyebabkan telur dapat dimasak dalam kuantiti dan saiz yang sedikit demi berjimat. Hantaran yang berbaur sarkastik itu mendapat perhatian netizen dengan 41 ribu lebih tanda suka dan beratus reaksi komen setakat ini.
https://www.tiktok.com/@waniy_art/video/7116424101408820507?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7108336414912185857
@waniy_artikut saranan katanye…✌️😆♬ bunyi asal – Kick_kapoor8989
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang menyahut sarkastik itu dengan memberi pandangan masing-masing.
Mengambil salah satu komen netizen bernama @apek, dia menyatakan pendapat bahawa memotong gaji menteri yang difahamkan terlalu banyak memakan belanja merupakan salah satu cara untuk membantu pemulihan ekonomi negara.
“Gaji menteri beribu-ribu tu, apa kata dikurangkan ha baru betul-betul jaga rakyat,” tulisnya di ruangan komen sebagai ulasan untuk isu goreng telur untuk jimat tersebut.
Selain itu, netizen lain yang bernama Kechik Alpa Bravo memberi idea yang lain untuk menggoreng telur dengan cara yang paling jimat menggunakan kaedah acuan.
“Kalau nak jimat, masa untuk buat banyak-banyak boleh try guna acuan kuih cara atau acuan takoyaki tu,” tulisnya dalam ruangan komen bagi menambah idea.
Dalam kegawatan ekonomi yang tidak stabil ini, pelbagai cara yang dibuat oleh rakyat untuk berjimat cermat. Walau terkadang ia nampak sebagai sesuatu yang melucukan, pasti ada segelintir sedang melakukan hal tersebut untuk berjimat.
Semoga semuanya akan dipermudahkan Tuhan.
Sumber: Wany_art
Baca juga: “Kau Biar Je Macam Tu?”, Jaga Anak Masuk Wad, Wanita Kesal Makanan Basi Tiada Siapa Kisah