Beberapa hari yang lepas, viral tentang kejadian pemandu sebuah Toyota Hilux pitam ketika memandu. Pemandu tersebut kemudiannya merempuh beberapa buah kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebuah rumah kedai di Klang.
Berikutan kejadian tersebut, ternampak kelibat seorang penghantar makan GrabFood yang mana bersungguh-sungguh menyelamatkan mangsa yang pitam berkenaan.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan abang rider berkenaan berusaha mengejutkan pemandu berkenaan dengan mengetuk pintu pada bahagian penumpang.
Tidak lama kemudian Toyoto Hilux tersebut terbabas dan melanggar rumah kedai. Namun abang rider inilah antara orang yang bergegas berlari untuk melihat keadaan pemandun yang pitam berkenaan.
Baru sahaja berlaku sebentar tadi di Kajang. Nasib baik tak langgar orang dekat situ. Punca taktahu kenapa sbb nak cepat pickup @nuramirafadzil 😖 pic.twitter.com/XaGsyWLb2l
— ^^ (@hafizxromli) October 27, 2021
Usaha rider berkenaan telah mendapat pujian daripada warganet. Rata-rata daripada mereka berasa kagum dengan keberanian abang GrabFood ini saat menghadapi situasi genting itu.
https://twitter.com/irshad_khabir/status/1453384713326919684?s=20
Dalam masa yang sama, tindakan rider tersebut telah menarik perhatian pihak Grab dan mereka mahu menjejak siapakah rider yang berani ini bagi memberikan penghargaan.
Memang benar, setiap kali berlaku apa-apa kejadian pasti para rider ini yang akan muncul dan menjadi penyelamat. Tidak kiralah sama ada rider foodpanda atau pun GrabFood.
Baca juga: Wanita Terkejut, Order Ayam Goreng Guna Grabfood Tapi Yang Sampai Tuala Celup Tepung Rangup