Kad bank semakin canggih. Bukan sahaja ia boleh digunakan di mesin bank untuk mengeluarkan wang, tapi ia juga mampu melakukan pembayaran tanpa tunai di mana-mana tempat yang menerima kaedah pembayaran itu.
Hal itu memudahkan para pengguna kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mengeluarkan wang di ATM terdekat. Namun seperti mana-mana teknologi, ada kalanya ia akan mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.
Terbaharu, seorang wanita, neferti_ancksunamun telah memuat naik sebuah video dan berkongsi satu pengalaman malang yang telah menimpa ke atas seorang kawannya ketika menggunakan kad bank di sebuah kafe.
Berjumpa di sana untuk makan bersama, kawannya ke kaunter untuk melakukan bayaran menggunakan kad banknya. Namun ketika berbuat begitu, kad tersebut tidak dapat dibaca dan sering ditolak.
Kawannya jelas mula berasa cuak dengan perkara itu. Menyedari sesuatu yang tidak kena, dia membelek kad tersebut dan baru menyedari bahawa kad yang diberi rupanya kad Petron yang digunakan di stesen minyak.
Malu dengan kesilapannya, dia pergi mendapatkan kad bank sambil digelak oleh kawan-kawan di meja dan pekerja kafe tersebut.
https://www.tiktok.com/@neferti_ancksunamun/video/7112402195105991963?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@neferti_ancksunamun Pengajarannya, check dulu kad sebelum berlepas ke kaunter untuk bayar. #fyp #foryoupage #tiktok #scammed #foryoupage #memberkenascammed #malaysia #foodie #cyberjaya #fypシ ♬ Funny Song – Cavendish Music
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa terhibur melihat telatah kawannya di sana. Kena prank dengan kawan sendiri, sudah tentu gadis itu berasa malu bila menyedari kesalahannya. Habis la jadi bahan ketawa kawan-kawan nanti.
Kalau korang suka guna kad bank ke mana-mana tempat, pastikan korang periksa dahulu dan menggunakan yang betul. Nanti tak pasal-pasal perlu menanggung malu pula bila tersalah seperti gadis ini.
Kredit: neferti_ancksunamun