Bila dah masuk bulan Ramadan ini, insan yang paling dinantikan ialah Khairul Aming. Siapa sahaja yang tidak kenal Khairul Aming dengan resipi-resipi yang diciptakan oleh beliau, semua menarik belaka. Resipi yang sangat simple dan mudah untuk diikuti, tetapi lain pula jadinya.
Sebanyak 151 video yang dihasilkan oleh warganet di TikTok dengan menggunakan ayat “Kepada Khairul Aming, kitorang buat tak jadi!”.
Video-video yang dipaparkan oleh netizen di TikTok itu membuatkan netizen lain ketawa dan mencuit hati kerana tindakan telatah masing-masing. Mana tidaknya, Khairul Aming buat resipi jadi sahaja tetapi apabila mereka lakukan jadi ‘disaster’.
Rata-rata mereka mungkin ‘derhaka’ sedikit dengan resipi yang disediakan oleh beliau.
Antara resipi yang paling viral dan pelik Khairul Aming lakukan adalah resipi Agar-Agar Buah. Menggunakan buah tembikai dan dibuang isinya dijadikan agar-agar buah.
Ramai antara daripada mereka tidak menjadi dan bertukar menjadi ‘disaster’.
Banyak lagi resipi yang dilakukan oleh warganet yang lain dan mungkin juga mereka derhaka akan resipi yang diberikan. Mungkin ada terlebih air, terlebih gula dan sebagainya.
Apa yang lagi menggelikan hati adalah netizen yang lain juga memberi komen bahawa mungkin mereka tidak memulakan memasak dengan berkata “Hai Wassap Gais”!
Menerusi di ruangan komen, semua netizen memberi pandangan masing-masing bahawa cara mereka memasak adalah salah. Tapi, ada juga yang bergurau dengan mengatakan bahawa mereka tidak menggunakan barang-barang Khairul Aming seperti sudu, tagline, pinggan dan sebagainya.
Kesimpulannya, janganlah cuba untuk derhaka resipi Khairul Aming kerana resipinya sudah cukup untuk dihasilkan menjadi satu makanan yang enak.
Jangan cuba derhaka ye!
Kredit: Original Song – Liff
Baca Juga: CEO Batu Dicabar Masak Bersama Khairul Aming, Ramai Terhibur Dengan Gelagat Mereka. Rupanya..