Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Guna Sisa Makanan Untuk Suburkan Tanah Tanaman, Tak Membazir Dan Berkesan, Ini Caranya

Guna Sisa Makanan Untuk Suburkan Tanah Tanaman, Tak Membazir Dan Berkesan, Ini Caranya

Kategori: ,
sisa makanan untuk suburkan tanah

Sisa makanan untuk suburkan tanah? Pernah anda cuba tak? Jom baca perkongsian ini.

Kegusaran hati apabila memasak atau makan adalah pembaziran makanan yang banyak kerana sisa makanan yang tidak habis biasanya. Kadang-kadang, memang niat di hati taknak membazir, tetapi akan ada masa dan ketika di mana anak-anak tidan menghabiskan nasi mereka kan?

Jadi, perkongsian oleh Norahim Ibrahim ini akan memadamkan kegusaran sesiapa sahaja yang terfikir apa solusinya supaya tidak membaziir

Dia menggunakan kembali sisa makanan seperti perut ikan, nasi dan juga hampas kelapa untuk merawat tanah. Jom baca langkah bagaimana sisa makanan untuk suburkan tanah yang turut juga dikongsi olehnya ini!

Guna Sisa Makanan Untuk Suburkan Tanah Tanaman, Tak Membazir Dan Berkesan, Ini Caranya

  1. Sediakan sisa makanan yang ada.
  2. Buat lubang seperti dalam gambar sedalam 1 kaki.
  3. Isikan campuran perut ikan, nasi dan lain-lain sisa makanan yang ada ke dalam lubang.
  4. Masukkan hampas kelapa ke dalam lubang tadi. Ini bagi mengurangkan bau busuk ikan. Timbus kembali lubang-lubang tadi.
  5. Selepas 2-3 minggu, tanah sudah tersedia untuk digunakan untuk tanaman.

sisa makanan untuk suburkan tanah sisa makanan untuk suburkan tanah sisa makanan untuk suburkan tanah sisa makanan untuk suburkan tanah sisa makanan untuk suburkan tanah

Senang kan langkah yang mudah dan membantu kita kurangkan pembaziran makanan!

Semoga perkongsian sisa makanan untuk suburkan tanah ini bermanfaat dan selamat mencuba bagi semua.

Sumber: Norahim Ibrahim

Baca juga: Resepi Masak Kari Ikan Pakai Rempah Campur, Memang Terbukti Lagi Sedap Dan Pekat!

tags: | |