Ramai yang tidak tahu bahawa sotong dalam tin ini sangat sedap rasanya. Selalunya makanan-makanan dalam tin, ramai pelajar universiti yang guna untuk menjimatkan masa mereka memasak selain memotong kos belanja. Tapi, rupa-rupanya sotong dalam tin ini, bukan sahaja murah tapi sangat sedap.
Sotong ini rasanya sangat kenyal, jadi kalau masak masakan yang simple-simple pun dah sedap. Jom ikuti perkongsian resepi oleh Norhayati Badri.
Ramai Yang Tidak Tahu, Hanya Guna Sotong Tin Dapat Hasilkan Hidangan Istimewa. Ini Resepinya…

Bahan-bahan
-
1 tin – sotong dalam tin (jenama Rex) di potong sederhana sebab dia besar2
-
2 labu bawang besar – di belah dua dan hiris agak kasar
-
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
-
2 inci halia – dihiris halus batang mancis
-
2 biji lada merah hidup – dihiris serong
-
6-7 batang cili padi hijau – untuk campak dalam lauk
-
1 keping kecil asam gelugor / direndam sebentar
-
sedikit garam
-
1/4 cawan air + air sotong
Cara penyediaan
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hiris, bawang besar hiris dan halia hingga berbau harum dan layu.
- Masukkan juga cili merah hiris dan cili padi.
- Masukkan sotong yang telah dihiris kecil dan balikkan.
- Masukkan air diikuti asam keping dan masukkan juga sedikit garam. Bila dah masak sebati angkat dan hidangkan bersama nasi panas..serta lauk lain yang bersesuaian

Yeayyy! resepi masakan sotong dalam tin kita dah siap. Boleh makan dengan nasi panas-panas memang terangkat rasanya yang pedas tu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber: Norhayati Badri
Baca juga: Resepi Sotong Sumbat Masak Merah, Sekali Gigit Pasti Nak Lagi. Padat & Padu Rasanya!